8 Idea Resipi Avokado Untuk Bayi !



Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.

Buah ini dikategorikan dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin dan riboflavin.


Jom lihat 8 Resipi Avokado yang kita boleh sediakan untuk baby !













1. Avokado + pisang
Potong separuh avokado, lenyek dengan garfu.
Tambahkan dengan 1-2 sudu susu untuk bagi moister pada puree.
Sebiji pisang, lenyekkan
campurkan kedua-dua pisang dan vokado yang telah dilenyek tadi.
Siap! Manis-manis lemak gitu.


2. Avokado + Epal
Potong separuh avokado, lenyek dengan garfu.
1-2 cawan sos epal ataupun anda boleh buat sendiri sos epal dengan mereneh epal di dalam periuk kecil. Selepas itu blend di dalam food processer.
Separuh limau kasturi, perahkan.
Campurkan avokado dan sos epal tadi bersama.
Siap ! Masam-masam lemak =)


3. Yogurt Avokado
Potong separuh avokado, lenyek dengan garfu.
1/2 cawan plain greek yogurt
campurkan yogurt dan avokado.
Blend di dalam food processer untuk tekstur yang lebih lembut.
Anak-anak boleh makan bersama biskut cicah yogurt avokado


4. Avokado+Tilapia
Potong separuh avokado, lenyek dengan garfu.
1 filet gril ataupun stim
lenyek ikan talapia yang dah dimasak dengan garfu
tambahkan satu sudu minyak zaitun
perahkan separuh potong limau nipis.
Tara! yum..yumm... terliurlah pulak


5. Avokado + Pasta
Rebuskan 1/2 cawan pasta.
Potong separuh avokado, lenyek dengan garfu.
satu sudu minyak zaitun
2 sudu susu
campurkan avokado + pasta dan kesemua bahan di atas.

6. Avokado + Nasi + Kobis Bunga ( Cauliflower )
1/2 cawan nasi
Potong separuh avokado, lenyek dengan garfu.
1/3 stim kobis bunga, dilenyek
1 sudu minyak zaitun
Campurkan kesemua bahan dan lenyekkan dengan garfu sehingga teksturnya lembut.
siap!

7. Avokado+ Puree Ayam
Rebus dada ayam
Potong dadu dan biarkan ia sejuk sebentar.
Blend ayam yang dipotong tadi di dalam food processer untuk dijadikan puree.
Tambahkan satu sudu minyak zaitun.
tambahkan separuh avokado.
Blend kesemuanya sehingga mendapat tekstur yang lembut.
Siap!

8. Avokado + Tofu
1/2 cawan tofu
Potong separuh avokado, lenyek dengan garfu.
1 sudu minyak zaitun
perahkan separuh limau nipis
campurkan kesemua bahan di atas dan gaulkan rata. 
Siap!





sumber : 
1. http://panduan-tips-petua.blogspot.com/2014/03/10-khasiat-dan-kelebihan-buah-avokado.html
2. http://www.disneybaby.com/blog/10-simple-avocado-recipes-for-babies-and-toddlers/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test