Bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu, pastinya setiap hari adalah pengalaman baru dengan melihat perkembangan bayi. Tak di nafikan ada yang masih mencari rentak menjadi ibu. Lebih-lebi lagi jika si ibu itu anak sulung dan jarang pula terdedah dengan bayi sebelum kahwin (macam saya lah tu).
Pertama kali anak saya demam, ianya merupakan pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan. Bukan setakat demam, tetapi BONUS dengan selsema dan batuk sekali. Full Package!
Bagi first time mum, anda harus peka tentang gejala demam di kalangan bayi. Kerana demam adalah antara penyakit yang mudah menyerang bayi lebih-lebih lagi jika mereka terdedah dengan persekitaran yang tak di kenali .
Demam yang di biarkan adalah sangat berbahaya. Kemungkinan besar boleh menyebabkan sawan ataupun pekak ataupun cacat kekal.
Antara perkara yang anda boleh lakukan jika anak anda demam dan tidak ke hospital adalah:
1. Bila bayi tetap makan, minum dan bermain seperti biasa kemungkinan ia tidak perlukan ubat untuk menurunkan suhu badannya. Cukup dengan pemantauan dari anda.
2. Pakaikan baju yang nipis sahaja ataupun jika suhu badan terlalu panas, tidak salah jika anda tanggalkan baju dan seluar tetapi hanya memapai lampin sahaja. Ini adalah untuk membebaaskan suhu panas dalam badan.
3. Lap badan anak anda menggunakan air hangat ataupun tidak terlalu sejuk. Sentiasa letakkan tuala basah di badan anak. Ada orang panggil, jelum.
4. Jika anak menggigil kesejukan, selimutkan dia dengan selimut yang nipis. Walaupun mereka menggigil kesejukan tetapi suhu dalam badan tetap panas.
5. Jika anak sudah boleh makan, berikan minuman berjus. Bagi bayi, hanya menyusukan mereka sahaja.
6. Jangan bawa anak anda berjalan keluar rumah. Aktiviti itu hanya akan membuatkan anak anda kembali demam.
Kenali Petanda Bayi Diserang Demam:
S E L S E M A
- Awasi jika bayi anda masih kecil dan di serang selsema. Mungkin apabila selesema, akan diikuti dengan demam pula.
S A K I T T E K A K
-Jika anak anda mengadu sakit tekak, jangan ambil mudah. Mungkin itu petanda dia akan diserang demam. Segerea bawanya ke klinik ataupun berjumpa doktor. Pencegahan awal boleh mengelakkan anak anda daripada terkena demam berpanjangan.
J AN G K I T A N P A D A T E L I N G A
- Situasi ini juga tidak boleh dibiarkan. Untuk mengelakkannya daripada melarat, anda perlu memantau suhu badan anak anda.
J AN G K I T A N S A L U R K E N C I N G
-Ia petanda anak anda bakal demam. Segera bawa ke klinik untuk mendapatkan konsultasi doktor kerana di takuti akan lebih teruk.
M A S A L A H P E R N A F A S A N
- Jika anda dapati pernafasan anak anda tidak lancar seperti tidak selesa, ia juga petanda bakal demam. Dapatkan rawatan segera.
1. Jika anak demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, anda boleh berikannya paracetamol khas untuk bayi dan kanak-kanak untuk menurunkan suhu badannya.
2. Pakaikan bayi dengan baju dari material kapas dan nipis. Jangan balut bayi untuk mengurangkan demam.
3.
4. Boleh juga letakkan bayi anda ddalam tub mandi dengan air suam dan gosokkan badannya satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel ataupun span yang di perahkan sedikit. Jangan keringkan badan bayi sebaliknya biarkan air tersejat/kering dengan sendiri. Ini mungkin dapat membantunya rasa lebih selesa.
Petunjuk Bayi Demam Serius
Kelakuan bayi lebih penting dari suhu badan bayi. Jika bayi demam dengan suhu 38.9C, menyusu dengna baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau.
Tetapi jika anak anda asyik menangis,lemah dan tidak aktif, walaupun suhu badannya 38.2C. anda perlu segera bertindak.
Hubungi pakar padiatrik jika :
1. Bayi anda berkelakuan aneh.
2. Tiba-tiba bayi menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa.
3. Bayi amat letih dan tidak menyusu.
Usaha sudah, doa jangan dilupakan agar anak lekas sembuh.
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment