Struktur susu ibu terbentuk dari dua jenis iaitu foremilk dan hindmilk. Foremilk adalah air susu
ibu yang yang pekat dan keluar pada peringkat awal menyusukan bayi.Ia bersifat cair tetapi kaya dengan laktosa
dan protein yang penting untuk pertumbuhan otak. Oleh kerana sifatnya yang cair maka foremilk berguna untuk menghilangkan dahaga bayi.
Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran fizikal bayi. Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi.
- Tentu ada ibu yang tertanya, mana komposisi susu ibu tersebut yang lebih penting kepada bayi?
Sebenarnya kedua struktur adalah sama penting. Foremilk diperlukan oleh otak dan hindmilk diperlukan untuk fizikal.
- Keseimbangan keduanya dapat ditunjukkan oleh warna najis bayi yang kuning keemasan.
- Sekiranya bayi baharu lahir anda membuang najis berwarna hijau, ia menunjukkan si kecil mengalami ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk. Pengambilan hindmilk mesti dilebihkan.
Payu dara mana menghasilkan foremilk dan hindmilk?
- Kedua payu dara menghasilkan foremilk dan hindmilk, tetapi komposisi yang dihasilkan setiap
payu dara adalah berbeza. Ia dihasilkan sesuai mengikut keperluan bayi.Contohnya, lemak dalam susu ibu pada waktu siang dan malam juga berbeza.
- Lemak dalam susu ibu pada waktu siang adalah kurang pekat kerana bayi memerlukan banyak protein dan laktosa untuk aktivitinya dan air untuk menghilangkan rasa dahaga.
- Sementara pada waktu malam pula, susu ibu lebih tinggi kandungan lemaknya kerana berfungsi memberikan rasa kenyang kepada bayi hingga boleh tidur lena.
Ciri-ciri bayi tidak mendapat cukup hindmilk
No comments:
Post a Comment