Resipi pasta cream cheese sauce & Salmon Grill.




Sebenarnya dah lama rasa nak makan pasta dengan cream cheese sauce ni. Puncanya ? Hehe.
Sebab sebelum puasa hari tumasa camping dekat Sg Chilling, member ada masak spagethi with cream cheese sauce. Mak aih. Masa makan tu rasa nikmat gila! Orang kata, kalau duduk dalam hutan, makan apa pun sedap. Tapi ni tak, tapi sumpah sedap! Haha.

So , last week saya try la buat pasta with cream cheese sauce. Pulak tu, tengah puasa 6. Memang bertambah-tambah lah rasa sedap.





Bahan-bahan yang perlu di sediakan :
1. Rebus pasta. Air pasta simpan sedikit untuk masak cream  sauce.
2. 1 labu bawang putih dipotong dadu dan halus. ( ikut suka berapa banyak bawang putih nak guna berapa biji. Macam saya, saya memang suka makan bawang putih )
3. cendawan di potong ikut suka ( saya guna cendawan dalam tin . Itu sahaja stok yang ada di rumah masa tu. )
4. 1 tin prego
5. 1 kotak susu low fat. 200ml
6. udang / ayam
7. Garam secukup rasa.

Cara-cara masak:
1. tuangkan minyak 2-3 sudu ( prefer olive oil. lagi healthy )
2. tumiskan bawang putih sehingga naik bau. 
3. masukkan udang/ ayam . gaul rata selama seminit.
4. masukkan cendawan. gaul rata
5. Masukkan 1 tin prego cheese. Gaul rata selama 15-30 saat. Jangan kasi hangus.
6. Masukkan 200 ml susu segar.
7. Biarkan merenih sehingga dapat kepekatan yang anda mahu.
8. Garam secukup rasa.

Untuk nak lagi sedap. Bolehlah makan bersama grilled salmon!


Oh yatempe goreng sambal tu, next entry lah. Hehehe. Itu resipi dari makcik. Memang boleh makan begitu sahaja tanpa nasi !

papai!!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test