20 Tanda Membuktikan Anda Seorang Suri rumah Yang Hebat



Adakah anda seorang suri rumah atau Stay at Home Mom (SAHM)? Tentu ada banyak keseronokan dan pengalaman yang sangat berharga. Masa berkualiti bersama anak-anak selama 24 jam sehari sangat dicemburui oleh ibu yang bekerja di pejabat. 
Mungkin sesetengah perkara dirasakan lucu tetapi hakikatnya itulah yang dialami oleh SAHM setiap hari. 


1. Sekurang-kurangnya separuh hidangan anda mengandungi lebihan makanan anak.


2. Bila suami bertanya, "apa yang awak buat hari ni?" anda tidak boleh memberikan satu laporan, walaupun anda merasa seperti berpusing dalam mesin basuh pada hari itu.


3. Anak tanya ibu hendak pergi ke mana apabila anda memakai tudung untuk pergi buang sampah!



4. Mengemas tanpa henti kawasan dapur, bilik tidur, ruang tamu adalah perkara biasa.


5. Terpijak permainan di merata tempat dalam rumah anda juga perkara normal.


6. Anda boleh membersihkan seluruh rumah dengan menggunakan tisu basah bayi.


7. TV terbuka sepanjang hari tetapi anda tetap tak tahu apa berita terkini dunia!


8. Mandi dalam masa yang lama adalah perkara ajaib bagi anda.


9. Keluar malam bagi anda adalah 'merayau' di lorong-lorong hypermarket.


10. Anda lebih tahu bunyi kucing, kerana 50% masa anda dihabiskan membuat bunyi haiwan.


11. Mood anda bergantung kepada berapa lama anak-anak tidur siang.


12. Mengenakan pakaian selain daripada t-shirt dan legging bermakna ada tetamu hendak datang ke rumah.


13. Terjumpa serpihan makanan anak anda melekat di baju. Oh! itu perkara biasa.


14. Anda berpura-pura sakit perut sebaik sahaja suami balik ke rumah, hanya kerana hendak bersendirian seketika dalam bilik air.


15. Peluang menjengah media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter tanpa gangguan merupakan ganjaran paling hebat.


16. Anda terlupa tarikh dan hari.



17. Anda boleh memberitahu waktu walaupun tanpa melihat jam dengan hanya melihat rancangan kartun di TV.


18. Kopi yang anda minum ketika waktu makan tengahari adalah kopi yang dibuat pada pukul 7 pagi, cuma perlu panaskan untuk kali ke 100.


19. Anda terasa sayang untuk tidur pada waktu malam semata-mata hendak menikamti waktu sunyi yang sangat berharga, tak kira walaupun anda tersangat penat.


20. Anda terasa kekok apabila tiba-tiba rumah sunyi dan sepi kerana anak-anak pergi ke rumah nenek mereka.





sumber : Majalah Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test