8 Cara Sokong Penyusuan Susu Ibu Berjaya



Selain daripada menjaga pemakanan ibu dan penyediaan peralatan yang lengkap untuk menjayakan susu ibu, minda dan emosi ibu turut 
memberikan pengaruh kuat terhadap kejayaan penyusuan susu ibu.


1. Cara berfikir

Percaya atau tidak, apa yang ibu fikirkan turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Jika ibu sentiasa bersangka baik, berfikiran positif dan percaya
rezeki susu ibu yang Allah beri, maka lancarlah pengeluaran susu ibu. Berniatlah yang anda ingin menyusukan anak sepenuhnya kerana memenuhi suruhan Allah SWT.


2. Doa dan zikir

Bagi ibu yang beragama Islam, wajib berusaha dengan sentiasa berdoa meminta kepada Yang Maha Esa agar diberikan minda yang tenang dalam menempuhi cabaran dan dugaan 
penyusuan. Dengan berdoa, ibu akan berasa kurang stres dan lebih tenang. Doa adalah senjata soerang mukmin selain usaha yang berterusan. Antara doa yang boleh
diamalkan iaitu membaca surah Al-Hujurat dan surah Al-Kauthar, surah Ar-Rad ayat 8-9, surah Yasin ayat 72-73, surah Al-Baqarah ayat 60. Amalkan juga zikir Ya-Matin sebanyak 100 kali setiap hari selain banyakkan berselawat dan mulakan bacaan Bismillah setiap kali sebelum menyusukan bayi atau memerah susu.


3. Cara menangani tekanan

Sekiranya berhadapan tekanan dan masalah, jangan cepat marah. Banyakkan bertenang dan cuba cari jalan penyelesaian semasa bertenang. Sekiranya susu semakin merudum, cuba lakukan teknik power pumping atau kerap kosongkan payu dara. 


4. Motivasi diri

Jika terasa hendak mengalah kerana tidak tahan dengan cabaran, katakan kepada diri sendiri, "Aku boleh lakukan. Kalau ibu lain boleh kenapa aku tak." Tetapkan sasaran sekurang-kurangnya enam bulan pertama beri bayi susu ibu secara eksklusif. Jika sudah berjaya, tambahkan lagi untuk setahun dan seterusnya sehingga dua tahun.




5. Tidak mudah terpengaruh

Ini adalah cabaran paling sukar apatah lagi jika anda ibu berkerjaya yang sentiasa sibuk. Mungkin tidak semua orang di sekeliling menyokong usaha anda. Jangan pedulikan
kata-kata negatif daripada mereka yang tidak memahami tentang susu ibu. 


6. Ilmu dan panduan

Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Cari dan gali pelbagai maklumat, panduan, tips dan apa sahaja perkongsian pengalaman ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak mereka sehingga dua tahun. Hanya dengan ilmu pengetahuan, ibu boleh menepis kepercayaan dan mitos karut tentang penyusuan.


7. Sokongan

Suami sebagai orang terdekat dengan kita patut memberikan sokongan paling padu dalam penyusuan susu ibu. Jika suami kurang memahami anda perlu memberikan penerangan kepadanya. Sokongan suami membantu menjadikan perjalanan penyusuan lebih lancar dan mudah.


8. Kumpulan sokongan

Ibu digalakkan menyertai kumpulan sokongan ibu menyusu sama ada secara online atau dalam komuniti grup tertentu. Melalui cara ini, anda akan mendapat
sokongan jika menghadapi masalah penyusuan, perkongsian tips dan pelbagai lagi bantuan yang boleh diperoleh.





lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test