Nak tahu pakaian apa yang perlu untuk ibu hamil? Encik suami pun patut tahu ya. Investlah sedikit untuk keselesaan Puan isteri sebagai tanda penghargaan mengandungkan zuriat anda.
Jika ikut pengalaman kedua-dua kehamilan saya yang lepas, saya ingin bagi tips pakaian apa yang wajib ada sepanjang kehamilan :
1. Kasut yang flat dan berspan.
Saya memilih flat shoes
jenama scholl ataupun hush puppies. Amat sesuai jika untuk berjalan jauh atau pekerjaan yang melibatkan anda untuk selalu berjalan.
Beli pun time
ada sale.
Hehe.
oklah. pakai untuk 9 bulan kan ! Bukan apa, kaki akan mengembang semasa pregnant! So, make a right choice.
2. Jeans getah untuk ibu hamil.
Yang
ini wajib ada at least
sehelai untuk berjalan-jalan. Senang nak padankan dengan mana-mana pakaian walaupun dengan jubah.
3. Seluar kasual/Kerja bergetah.
Ini pun kalau boleh belilah 2 helai at least untuk ibu yang bekerja. Jadi tak perlulah hari-hari basuh. Kat jusco banyak yang harga mampu milik dan boleh tahan lawa juga!
Selalunya harga dalam range RM35-RM70.
4. Overal Skirt Ibu Hamil.
Yang ini
adalah optional. Tapi kalau yang suka pakaian kasual dan tidak selesa memakai seluar, boleh pakai overall.
nampak funky
tapi kemas.
5. Material kain.
Haa...yang ini pun penting juga. Kalau boleh biarlah yang tidak mudah renyuk.
Pilihlah yang
serap peluh dan tak jarang. Bukan apa, kalau pakai baju yang jarang, kena pakai inner pula. Saya yakin tak ramai ibu hamil yang suka pakai baju berlapis-lapis. Kita bukannya duduk London.
6. Bra.
Biasanya bra yang tidak mempunyai besi ataupun sport bra adalah paling selesa di pakai ketika hamil.
invest lah untuk beli beberapa helai. Bagi ibu yang plan mahu fully breastfeed anak selepas bersalin nanti, nursing bra tersangatlah berguna dan membantu penyusuan bayi kemudian hari. Bolehlah start kumpul beli sebulan sekali ke.
Oklah.
itu sahaja pakaian basic ibu mengandung yang saya ingin kongsikan setakat ini!
Semoga bermanfaat~~
No comments:
Post a Comment