Lagi 10 Fakta Menarik Tentang Newborn



1. Mengenali lagu yang di dengar sejak dalam rahim ibu.
Jangan terkejut jika bayi anda sebenarnya mengenali lagu atau apa-apa bunyian yang di dengarkan ketika dia berada di dalam rahim . Oleh yang demikian, cubalah dendangkan lagu yang anda sering dengar ketika hamil jika bayi tidak selesa. Besar kemungkinan lagu itu mampu membuatkan bayi anda lebih tenang.


2. Kawasan sekitar mulut adalah paling sensitif
Bayi akan menggunakan mulutnya untuk explore apa-apa di sekelilingnya.

3. Bernafas lebih cepat.
Bayi yang baru di lahirkan bernafas jauh lebih cepat berbanding orang dewasa atau kanak-kanak. Kadar pernafasan mereka adalah 40 kali / minit sedangkan orang dewasa bernafas dalam kadar 12-20 kali / minit.


4. Saiz perut Kecil
Saiz perut bayi baru lahir sangat kecil . Sebesar buah ceri sahaja. Oleh itu, tidak perlu "top up" dengan susu formula dan logik jika susu ibu masih sedikit. Pada usia 3 hari, perut bayi akan sebesar sebiji anggur, dan kuantiti susu ibu juga semakin bertambah. Begitulah kaedahnya sehingga bayi sudah meningkat usia.

5. Kepala tidak rata
Biasanya kepala bayi yang baru lahir memiliki kepala yang tidak rata dan berbentuk lonjong. Ibu hamil yang bersalin normal kebanyakan akan melahirkan anak yang berkepala lonjong/runcing . Tapi ianya akan berubah seiring dengan pertambahan umur bayi.

6. Ubun-Ubun bayi akan lengkap tertutup pada usia 6-20 bulan.
Cuba perhatikan bahagian kepala yang lembut (anterior fontanel), ianya akan mengeras sepenuhnya pada usia 6bulan-20 bulan.

7. Otak bayi berkembang sangat cepat.
Otak bayi berkembang sangan cepat berbanding orang dewasa.

8. Dada sedikit menonjol.
Bayi lelaki mahupun perempuan akan lahir dengan bahagian payudara dengan sedikit bengkak. Hal ini kerana bayi menerima hormon perempuan dari plasenta ibunya sebelum kelahiran.

9. Ingatan sebelum umur 3 tahun  "Menghilang"
Anak-anak tidak akan ingat peristiwa yang dialaminya semasa usianya kurang dari 3 tahun. Psikologi menyebut hal ini sebagai "amnesia kanak-kanak". Salah satu sebabnya adalah mesin rakaman otak belum erfungsi dan bayi belum mampu menguasai bercakap dengan sempurna.

10. Warna mata berubah
Kebiasaannya bayi yang baru lahir mempunyai warna anak mata yang cerah dan proses pigmentasi pada iris mata belum matang dengan sempurna. Warna asli mata bayi akan terlihat pada usia sekitar 6 bulan.


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test