Bantu Bayi Anda Berjalan !



Kebanyakan baby akan dapat berjalan semasa harijadinya yang pertama. Purata umur baby dapat berjalan adalah antara umur 9 bulan hingga 18 bulan.

Jangan risau jika anak anda mengambil masa yang lama untuk berjaya berjalan independently. Sesetengah budak langsung tidak jalan sambil berpaut. Bila boleh berdiri, terus berjalan. Itu adalah normal. Yang paling penting pada fasa ini bayi anda banyak menggunakan tangan dan kakinya bersama untuk bergerak.

3 Tanda Anda hampir boleh berjalan :
1. memanjat tangga sambil memegang tiang tangga
2. Jalan ketam
3. mengengsot





Ada beberapa langkah untuk membantu anak berjalan langkah demi langkah :

Sejak Lahir...
Perkara PALING penting bagi persiapan anak untuk berjalan adalah : Otot belakang yang kuat, di mana baby akan peroleh dari berlatih mengangkat kepala semasa mereka meniarap. Sebab itu meniarap atau "tummy time" penting bagi persiapan bayi sebelum berjalan. Letakkan mainan atau objek yang menarik di hadapan bayi untuk mereka belajar mencapai.






Apabila bayi sudah pandai duduk....
Bantu bayi anda belajar menyeimbangkan badan dan belajar untuk bergolek bersama mereka. Ataupun boleh encourage bayi dengan umpan mereka mencapai permainan sambil bergolek. Apabila baby dah pandai mengengsot, dia akan belajar menguatkan leher, otot belakang, kaki , tangan dan pinggang- memudahkan bayi menolak badan mereka untuk posisi berdiri pula.



Apabila bayi sudah boleh berdiri....
Bantu bayi anda untuk berjalan dengan memimpin mereka sambil berjalan.  Secara tak langsung dapat membantu bayi anda menyeimbangkan badan dan berjalan sambil melepaskan sebelah tangan apabila mereka sudah rasa yakin. Cuba berdiri depan bayi anda dalam jarak dekat sambil bersorak untuknya untuk belajar berjalan apabila mereka sedang berdiri. Banyakkan beri rangsangan kepada bayi anda dan berikan pujian jika anak anda berjaya melangkah sedikit demi sedikit.




Apabila anak anda sudah berjalan sambil memegang perabot (berjalan ketam/cruising)...
Dalam fasa ini, anak anda mungkin dah pro berdiri. Sediakan ruang untuknya mencapai tangannya sambil berjalan. Mungkin susunan perabot di rumah agak tidak tersusu, tapi usaha ini mampu membantunya untuk cepat berjalan.



Langkah Keselamatan :
- Jauhkan bucu tajam seperti bucu meja.
- Elakkan letak barang yang boleh di capai oleh bayi apabila mereka sudah pandai berjalan sambil memegang objek.





lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

2 comments:

  1. Bila bersorak Kat anak, memang diorang lebih bersemangat nak cuba berjalan.

    ReplyDelete
  2. Bayi saya sekarang pon tengah berjalan ketam hopefully tak lama lagi dapat la kaki. Hehhe

    Jom join segmen bloglist. Ada hadiah menarik taw. SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST

    ReplyDelete

test