Berpantang 44,60,100 atau 365 Hari?


Apabila disebut tentang pantang selepas bersalin tentu ramai yang fagam tentang pantang 44 hari . Itu adalah amalan berpantang yang lazim diamalkan oleh ibu-ibu di Malaysia. Namun, semakin ramai menganggap amalan berpantang ini sudah tidak relevan dan karut. Maka ramailah yang "berani" melanggar pantang. Apatah lagi yang berpantang sendiri tanpa pengawasan ib uatau ibu mertua.


Jika berpantang 44 hari pun ramai yang sudah langgar, bagaimana dengan 100 hari ataupun 365 hari? Mungkin pantang ini pun langsung tidak pernah didengar atau diketahui oleh generasi baru. Pasti sahaja pantang larang ini tidak diambil peduli. Apatah lagi apabila pantang atau larangan itu hanya berdasarkan faktor adat dan budaya bukannya kerana larangan agama ataupun perubatan moden.


Walaubagaimanapun, tidak salah jika kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan pantang-larang ini secara ringkas kerana ia merupakan ilmu perbidanan lama dan telah diamalkan berkurun-kurun lamanya di alam nusantara.


Pantang 44 Hari

Pantang 44 hari banyak di amalkan oleh masyarakat melayu kerana perkara yang paling ditakuti ialah masalah bentan. Maksud bentan adalah badan sakit, lesu atau tidak sihat termasuk demam berpanjangan. Hal ini boleh menimbulkan stres dan kesan buruk terhadap kesihatan. Berikut adalah serba ringkas mengenai pantang-larang 44 hari.




Pantang 60 Hari

Bagi pantang 60 hari, ia bermaksud meneruskan beberapa amalan pantang 44 hari seperti berikut :



  • Tidak boleh berjimak dengan suami meskipun sudah suci dari hadas besar (nifas). Hal ini untuk memberi ruang untuk faraj dan rahim pulih sepenuhnya apatah lagi jika terdapat koyakan atau jahitan yang banyak sewaktu bersalin.
  • Tidak boleh lakukan kerja berat kerana rahim masih lemah.
  • Tidak boleh makan makanan berangin kerana kesihatan belum pulih sepenuhnya. Jika bentan, dikhuatiri lambat pulih.
  • Tidak boleh mandi air sejuk kerana badan perlu sentiasa hangat agar aliran darah berjalan lancar.



Pantang 100 Hari



  • Tidak boleh mengambil sembarangan ubat atau jamu jika anda menyusu secara eksklusif . Ada kala, keadaan ini dilanjutkan sehingga 6 bulan iaitu sehingga bayi sudah mula makan.

  • Tidak boleh berjimak dengan suami. 



  • Ada pasangan yang bersetuju untuk "berpuasa" hingga 100 hari demi kemaslahatan rumah tangga pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, tidak ada halangan jika masing-masing mahu melanggar pantang ini.



  • Masih tidak boleh makan benda sejuk dan berangin contohnya laksa dan pulut. Jika mahu makan laksa disarankan agar tidak mencampurkan bunga kantan. Manakala pulut sememangnya perlu terus dielakkan.


Pantang 365 Hari

Amalan pantang setahun ini sebenarnya amat jarang dilakukan. Bahkan ia mungkin langsung tidak wujud lagi, melainkan atas kes-kes tertentu yang menyebabkan berlakunya pantang ini secara tidak sengaja. Berikut mungkin dua perkara yang diamalkan :


1) Tidak boleh makan benda sejuk dan berangin. Walau bagaimanapun, pantang  ini jarang diamalkan melainkan sememangnya anda tidak gemarkan makanan-makanan tertentu seperti laksa dan pulut.
2) Terlalu jarang pasangan suami isteri berpantang daripada berjimak selama setahun. Jika ada pun, mungkin atas sebab-sebab yang lebih kukuh.

Kelebihan dan Kekurangan Berpantang:


  • Bagi pantang 44 hari, tentu ramai yang sudah faham akan kebaikannya. Bagaimanapun, secara kesimpulannya , menurut pandangan Dr. Ayu Akida dalam artikelnya, amalan berpantang memang baik untuk mengembalikan kelangsingan ibu muda seperti saat sebelum hamil.


  • Namun jika amalan berpantang ini terlalu ketat, dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan. Apatah lagi selepas kehilangan banyak darah dan mengalami kerosakan tisu akibat proses kehamilan dan bersalin. Bahkan, anda perlu banyak minum air untuk memastikan proses penyusuan bayi berjalan lancar selain mengamalkan makanan berkhasiat dan seimbang. Makanan seimbang ini mestilah lengkap dengan protein, karbohidrat, serat, vitamin dan mineral. Jadi amalan kurang minum air adalah tidak wajar.


  • Amalan berpantang seperti berurut, bertungku dan bertangas memang baik untuk memulihkan kesihatan luaran dan dalaman. Ia dipercayai dapat melegakan urat-urat yang tegang dan melambatkan proses penuaan.


  • Manakala bagi pantang 100 hari pula , kelebihannya ialah anda dapat menjalani proses pemulihan sepenuhnya. Otot faraj dan rahim akan lebih kuat dan rapat atau kata lain, batu merian benar-benar sihat dan mampu memberi kepuasan seksual suami isteri ke tahap yang maksimum.


  • Malah bayi turut mendapat manfaat penyusuan ibu yang sempurna kerana mendapat rehat yang cukup dan penjagaan kesihatan yang rapi. Apatah lagi jika pemakanan yang dipilih benar-benar segar dan terbaik untuk memberi kesihatan maksimum.



Oleh itu, sama ada ia relevan atau tidak, terpulang kepada anda untuk menentukannya. Anda boleh berbincang dengan pakar perubatan atau bidan yang bertauliah untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.



Apa itu Batu Merian ?

Ensiklopedia Perbidanan Melayu menyatakan , batu merian yang sihat adalah dalam keadaan kuncup seperti putik bunga, kenyal dan mulutnya tertutup rapat. Merian dikatakan duduk seperti "mengeram" dan baatu merian mendongak tegak menghadapi salur kuntum mengarah ke pintu faraj. Batu merian sedemikian adalah bertenaga dan memberi kepuasan berjimak. Kesihatannya terpapar pada wanita yang sentiasa awet muda.



sumber :
1. https://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/2010/11/30/batu-meriyan/
2. Majalah Pama.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test