4 Tip Turunkan Berat Badan Ibu Lebih Selamat & Berkesan!




Bagi wanita yang baru melahirkan, kenaikan berat badan adalah satu masalah yang cukup memeningkan. Manakan tidak, bayi perlu disusui, jadi adalah satu perkara mustahil untuk si ibu mengamalkan diet kerana ia boleh memberi kesan pada bayi.

Cara menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu-ibu menyusu. Jangan silap cara, ini boleh mempengaruhi pengeluaran mahupun kualiti susu ibu itu sendiri.

Haaa... kalau nak jaga kuantiti dan kualiti susu, ibu yang menyusu harus menambah pengambilan dalam sehari sekitar 300 kkal. Tapi kalau si ibu masih ingin mencuba  menurunkan berat badan, ibu cara ini lebih selamat dan berkesan...


1. Susukan bayi
Berusahalah menyusukan bayi anda sehingga usianya dua tahun. Jangan menganggap ini satu perkara yang menyusahkan kerana tubuh ibu menyusu berupaya menghasilkan hormon yang membantu menurunkan berat badan sekali gus mengembalikan bentuk tubuh secara semula jadi.


Percayalah ibu, dengan terus menyusukan bayi, tubuh secara tak langsung membakar sekitar 300 ke 500 kkal sehari bersamaan dengan aktiviti berbasikal selama satu jam! 


2. Hati-hati dengan makanan
Pilih jenis makanan yang banyak mengandungi sayur, buah-buahan, karbohidrat kompleks, lemak skim serta sumber protein yang rendah. Sebagai contoh, susu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, telur, tauhu, tempe dan kekacang. Lebih bagus kalau ibu mengambil makanan  secara teratur, tak mustahil anda mampu mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan serta tahap kesihatan yang optimum.


Saya amalkan diet rendah karbo semasa menyusukan anak. Nasi tetap ambil cuma kurangkan portion. lebihkan sayuran dan protein! tahukah anda protein adalah kunci rasa kenyang dan PUAS ketika makan!



3. Jauhi makanan segera
Katakan TIDAK PADA FAST FOOD & PROCESS FOOD!
Elakkan mengambil makanan segera atau yang telah disejukkan beku. Jika terpaksa, bolehlah diambil tetapi pastikan dalam jumlah sedikit. Agak rasa tak boleh nak kawal, ibu boleh alihkan seketika pemikiran anda kepada si kecil yang sememangnya inginkan perhatian. Mungkin dengan berjalan-jalan bersamanya berupaya membakar kalori di tubuh anda.
 
Ini yang saya amalkan semasa melakukan program penurunan berat badan walaupun masih breastfeed anak. Anak yang masih menyusu saya tidak jadikan alasan untuk tidak menjaga pemakanan+kuruskan badan. 





4. Lakukan senaman ringan
Selesai menyusukan bayi, ibu kena lakukan sedikit senaman ringan bagi mengurangkan rasa tidak selesa di bahagian payu dara. Gunakan pakaian dalam yang memang dikhususkan buat ibu-ibu menyusu.

Tak susah pun, ibu boleh mulakan berjalan di kawasan sekitar, berbasikal atau berenang. Dah banyak kali ulang, bolehlah tingkatkan masanya secara berperingkat. Sebagai contoh, lakukan latihan menguatkan dinding perut dan seterusnya. 
Anak bertuah saya yang selalu "curi nafas" ibu die masa exercise!


Senang, bukan? Hanya perlukan keinginan dari hati. Mulakan cepat-cepat ya, ibu! 


sumber :
1. majalah wanita
2. http://www.momtastic.com/parenting/173941-extreme-breastfeeding/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test