10 Tanda Anak Kita Punyai IQ Yang Tinggi!



Ibu bapa mana yang tidak bangga memiliki anak genius sejak kecil. Tapi sayangnya ramai juga ibu bapa yang tidak sedar anak mereka seorang yang bijak sejak kecil hingga menyebabkan potensi itu terbiar dan tidak berkembang. Rugi bukan!

Potensi semula jadi ini ada kalanya juga disalah anggap sebagai kenakalan dan kelemahan menyebabkan ia tidak dikembangkan hingga akhirnya anak yang sebenarnya bijak itu membesar jadi biasa-biasa saja.

Supaya perkara yang merugikan ini tidak terjadi, semak ciri-ciri anak yang memiliki IQ tinggi atau genius agar potensi yang ada pada mereka dapat diasah sejak kecil dan dapat digunakan sebaiknya untuk mencapai kejayaan seterusnya memberi manfaaat pula masyarakat.

Oh ya, semua ciri-ciri ini adalah berdasarkan kajian ya.. Ambil yang positif sahaja... 

1. Baru lahir: Tubuh besar dan berat.

Ibu yang melahirkan bayi besar atau gempal mungkin gembira mendengar berita ini. Semakin berat badan bayi sewaktu lahir bermakna semakin tinggi kecerdasannya.

Kajian yang melibatkan lebih dari 3,000 bayi ini sudah dilaporkan dalam British Medical Journal. Ia ada kaitan dengan fakta bahawa bayi yang lebih berat mendapatkan zat yang lebih baik.

2. Usia 12-24 bulan:  Boleh bertutur lebih satu bahasa.

Jurnal Child Development menyebutkan bahawa salah satu cara untuk menggiatkan perkembangan otak pada anak kecil adalah dengan mengajarnya bahasa asing selain bahasa ibunda.

Tak kira bahasa Inggeris, Perancis, atau Arab, anak yang lahir dari ibu bapa yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa juga selalunya mempunyai IQ lebih tinggi.

3. Usia 3 tahun: Lebih tinggi dari rakan sebaya.

Anak yang lebih tinggi dilihat mampu menguasai ujian dengan lebih baik, demikian kajian oleh National Bureau of Economic Research.

Menurut kumpulan pengkaji, sejak usia tiga tahun sebelum bersekolah lagi anak-anak yang lebih tinggi mendapat keputusan yang jauh lebih baik dalam ujian-ujian kognitif yang diadakan.

4. Usia 4 tahun: Boleh melukis gambar manusia.

Anak yang berupaya melukis gambar seorang manusia pada usia ini kemungkinan besar lebih bijak ketika remajanya. Kajian oleh King’s College di London mendapati 15,000 gambar dihasilkan anak-anak berusia empat tahun.

Mereka yang mempunyai bakat seni sejak kecil ini mendapat markah lebih baik dalam ujian IQ.

5. Usia 5 tahun: Sudah pandai berbohong

Yang ini ada buruk dan baiknya. Anak yang pandai berbohong pada usia ini dikatakan lebih cerdas otaknya. Institute of Child Study, Toronto University mengkaji 1,200 anak berusia antara dua hingga 17 tahun.

Hasilnya, anak yang sudah pandai berbohong sejak kecil biasanya lebih bijak. Alasannya, proses rumit ketika seseorang sedang berbohong menjadi petunjuk pada IQ anak.

6. Usia 6 tahun: Boleh bermain alat muzik



Permainan alat muzik sejak dahulu dikatakan amat membantu kecerdasan emosi kanak-kanak. University of Vermont telah menguatkannya selepas membuat kajian terhadap 232 anak-anak yang sihat antara usia enam hingga 18 tahun.

Mereka mendapati semakin kerap seseorang anak memainkan alat muzik, semakin baik keterampilan mereka dalam pengurusan kecemasan dan emosi. Dengan kata lain mereka lebih tenang.

7. Usia 7 tahun:  Suka membaca

Suka membaca pada usia ini adalah satu petunjuk anak akan memiliki kecerdasan yang lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya.

Anak yang memiliki kemampuan membaca lebih baik pada usia 7 tahun dan mampu hanyut ketika membaca novel, dilihat mempunyai keputusan lebih baik dalam ujian IQ sewaktu remaja. Ia berdasarkan kajian University of Edinburgh dan King’s College London pada 2014.

8. Usia 8 tahun: Suka berjaga malam

Kajian oleh London School of Economics menunjukkan bahawa orang dewasa yang cerdas suka berjaga hingga larut malam dan ia adalah kebiasaan sejak kecil.

9. Usia 9 tahun: Ambil sarapan sihat

Jika seseorang anak menikmati sarapan yang sihat pada usia ini, dia mungkin mempunyai peluang dua kali ganda untuk memperoleh keputusan yang lebih baik dari ujian IQ.

Kajian dari University of Cardiff terhadap 5,000 pelajar berusia 9 hingga 11 tahun menunjukkan bahawa mereka yang makan bijirin, roti dan produk susu pada pagi hari mencapai hasil terbaik dalam ujian peperiksaan.

10. Usia 10 tahun: Banyak cakap

Pada usia 10 tahun anak yang bijak biasanya petah bercakap tak kira dengan orang tua atau rakan sebaya. Malah mereka mampu membuat peraturan baru dalam permainan yang biasanya tidak disukai oleh rakan mereka.



Adakah tanda-tanda di atas ada pada anak anda, jika ada sebaiknya terus asah potensi tersebut, kecuali aspek suka berbohong tu macam tak berapa best pulak kan?

Dan ada atau tidak ciri ini pada anak seharusnya setiap yang dianugerahkan kepada si kecil oleh Yang Maha Esa kita syukuri dan terima dengan hati terbuka.

Kita boleh bentuknya dari sekarang ikut kemampuan kita !
Insya Allah~


Sumber www.news.com.au

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test