15 Khasiat Limau Purut Yang Mungkin Anda Belum Tahu



Pengenalan
Nama saintifiknya Citrus hystrix , tanaman saka ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. 

Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ;
Kafir lime, bagi orang-orang Thailand mengenalinya sebagai Bai makrut, manakala orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut,

Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.  


Fizikal
Limau purut sama seperti limau nipis tetapi kulit buah limau purut lebih menggerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran pokok limau purut ini pula agak perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya pula boleh mencapai sehingga 30 meter. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung daun, ianya berbentuk seperti nombor lapan.

Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera. 


Jom semak nikmat lain tentang limau purut...


1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.


2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.


3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.


4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.


5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.


6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.


7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala di mana ia dapat menghilangkan kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala selain meninggalkan bau wangi.


8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.


9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.


10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.

11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.


12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.


13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.


14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


15. Limau purut juga menjadi kebiasaan orang zaman dahulu untuk menghilangkan kesan hitam di ketiak dan juga bau badan. Iyelah kan, zaman dahulu mana ada deodoran. Jadi, limau purutlah salah satu petua untuk menghilangkan bau badan secara semulajadi!


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test