5 Pelan Rawatan Untuk Ekzema



Untuk membantu menguruskan ekzema, doktor akan menyediakan pelan rawatan. Ia biasanya merangkumi rawatan sapuan (topical) mengandungi krim pelembap, bahan anti-radang, anti-biotik ( jika terdapat jangkitan kuman) dan antihistamin untuk mengurangkan gatal.

** Ibu/bapa/penjaga bayi perlu gunakan ubat-ubatan yang sebagaimana dinasihatkan oleh doktor.




Ada pelbagai rawatan untuk merawat kegatalan ekzema, iaitu:

1) Pelembap
Pelembap boleh didapati dalam bentuk krim, losen atau oinmen. ia disapu pada kulit untuk mengelakkan kekeringan. Ia menjadikan kulit anda lebih lembut dan kenyal, sekaligus mengelakkan kegatalan dan rekahan. Pelembap seelok-eloknya tidak mempunyai wangian untuk mengelakkan alahan atau sebarang reaksi terhadap wangian tersebut. Pelembap lebih berkesan jika disapu ke atas kulit yang masih lembap, contohnya setiap kali selepas mandi.

2) Ubat anti-radang ( anti-inflammatory
Krim streroid atau immunomodulator seperti tacrolimus atau pimecrolimus sering digunakan untuk mengurangkan keradangan dan gatal. Bahan anti-radang perlu untuk merawat ekzema terutamanya apabila ekzema tersebut sedang teruk. Krim steroid boleh didapati dalam kekuatan yang berbeza-beza. Krim yang sesuai akan dipilih berdasarkan kawasan kulit yang perlu dirawat.




3) Anti-histamin.
Anti-histamin adalah sekumpulan ubat-ubatan dalam bentuk sirap atau pil yang boleh mengurangkan penghasilan bahan kimia histamin yang bertanggungjawab menyebabkan kegatalan. 
Sesetengah anti-histamin boleh membuat anda mengantuk dan dalam sesetengah kes, kesan sampingan ini berguna untuk membantu anda tidur lena pada waktu malam tanpa diganggu rasa gatal.

4) Anti-biotik
Ubat anti-bakteria ini bertugas merawat jangkitan di kulit yang terlibat dan boleh juga mengurangkan jumlah bakteria pada kulit anda. Ia terdapat dalam bentuk pil, sirap atau salap- dan pilihan bentuk ubatan bergantung kepada sebanyak mana kawasan yang perlu dirawat.


5) Krim pengawal ( controller cream ).
Kini terdapat beberapa jenis krim di pasaran yang mengandungi bahan bukan streoid yang boleh digunakan semasa ekzema sedang terkawal. Ia tidak bertindak seperti steroid dan tidak berupaya menggantikan ubat anti-radang tetapi sekadar bertindak mengawal keradangan ditahap minima. Anda boleh menggunakannya pada bahagian-bahagian kulit yang sering dihinggapi ekzema.




Semoga Bermanfaat!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test