Ajari Anak Belajar Menerusi Kad Imbasan!


Perkataan flashcard adalah gabungan 2 perkataan inggeris iaitu flas dan card. Kad imbasan ini berfungsi apabila perkataan atau gambar yang terdapat pada kad ditunjukkan secara flash (cepat) atau lebih kurang satu kad dalam tempoh satu saat.

Kenali Kad Imbasan

  • Terdapat pelagai jenis kad imbasan di pasaran iaitu berbentuk bulat, segi tiga dan segi empat. Saiz pula berbeza-beza. Pemilihan saiz bergantung kepada keperluan kanak-kanak.



  • Umum mengetahui kad imbasan ialah sekeping kad tebal dan boleh diguna pakai untuk sebarang waktu pengajaran.



  • Lazimnya kad imbasan memaparkan gambar buah-buahan, haiwan, pekerjaan, abjad, nombor dan tulisan huruf hijaiyah.



  • Selain memberli, anda juga boleh DIY sendiri di rumah!



Bagaimana Kad Imbasan Bertindak?
1) Otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat.
2) Pancaindera seperti mata, telinga, hidung , lidah serta kulit bertindak balas sebagai penerima rangsangan atau maklumat.
3) Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat.
4) Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak dan begitulah seterusnya.
5) Maklumat yang diterima oleh pancaindera kemudiannya dihantar ke otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini merupakan cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan.


Kenapa Kad Imbasan?
Anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah ya. Dan mereka hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Ibu-ibu mesti faham tentang ini? Mereka bukannya boleh menumpukan perhatian dalam masa yang lama. Dengan kad imbasan, anak-anak mudah belajar apabila melihat sesuatu yang konkrit.

Memandangkan si kecil belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak, jadi kad imbasan memang sesuai sangat digunakan untuk mengajarnya. Lebih-lebih lagi, kualiti gambar menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Jika ia seekor ayam, seharusnya ayam menggunakan sama ada ilustrasi yang baik atau gambar foto sebenar.


sumber :
Majalah Pama.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test