Toleransi merujuk kepada tolong-menolong dalam melaksanakan fungsi yang bukan milik kita. Untuk merealisasikan toleransi , komunikasi yang baik diperlukan antara suami isteri. Dalam melalui lumrah kehidupan, pasti ada dugannya. Pelbagai masalah pasti akan timbul. Tidak kiralah masalah kewangan, pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya, hubungan menantu-mertua dan yang seumpama dengannya. Biar apa pun ujian yang datang, suami isteri perlu bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.
Apa yang penting ialah
1.
Mulakan setiap pagi dengan mencium suami atau isteri . Tanpa sedar, ciuman merupakan salah satu "hadiah" paling berharga kerana terkandung nilai sentimental di dalamnya. Dengan ciuman di waktu pagi setiap hari, pasti pasangan suami isteri SENTIASA RASA DIHARGAI.
2.
Senyum itu salah satu jenis sedekah. Melalui senyuman, anda bisa membuatkan pasangan rasa dirinyaa begitu berharga. Dengannya juga, rasa kasih dan sayang anda berdua akan sentiasa bercambah dari semasa ke semasa.
3.
Sentuhan boleh menyatakan maksud tersirat perasaan anda kepada pasangan. Jika anda tidak dapat luahkan perasaan sayang dengan perkataan, luahkannya dengan sentuhan. Sudah tentu , pasangan anda DAPAT MEMAHAMINYA.
4.
Biarpun usia perkahwinan lebih daripada 5 tahun, pakailah cincin perkahwinan setiap masa. Menerusinya, anda akan berasa dekat dengan pasangan setiap kali melihat cincin tersebut.
5.
Dalam memelihara keharmonian rumah tangga, suami isteri perlu sama-sama menjaga adab dengan mempunyai perasaan hormat kepada pasangan. Adab itu perlulah sentiasa dijaga supaya tidak menyakiti antara satu sama lain.
6. Berbudi Bahasa
Sebagai isteri, sentiasa berlemah lembut dalam perbuatan dan pertuturan.
7.
Berikan hadiah kepada pasangan anda SEMASA HARI-HARI PENTINGNYA. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan, itu bererti anda sentiasa mengingati hari tersebut. Bukan itu sahaja, pada hari biasa pun, anda boleh memberikan hadiah sebagai kejutan untuknya.
8.
Bermula dari awal tahun, RANCANG PERCUTIAN. Sebaik-baiknya hanya ANDA BERDUA. Jika mahu membawa anak-anak pun boleh juga. Bercuti ke tempat-tempat menarik bagi merapatkan lagi hubungan suami isteri.
Tip-tip di atas hanyalah garis panduan yang kita boleh ikut. Tidak semestinya kena ikut satu-persatu, Kewangan keluarga juga perlu diambil kira.
No comments:
Post a Comment