10 Solusi Untuk Anak Yang Suka MENGGIGIT!



Tahu tak, anak yang suka menggigit bererti, "TOLONG BERI PERHATIAN KEPADA SAYA!" atau "Saya tidak suka itu". Ia umpama luahan perasaan negaif si kecil.

Tingkah laku kanak-kanak yang sedang membesar begitu istimewa. Ia termasuklah KETAWA, MEMELUK, BERLARI, BERGULING-GULING hingga menggigit apa sahaja yang ada berhampiran dengannya.

Namun perilaku itu menjadi igauan ngeri apabila anak anda menggigit rakan sebaya semasa bermain. Saya pasti , ibu bapa juga pasti ngeri dengan situasi ini.

NORMAL KAH SITUASI INI?
Walaubagaimanapun, situasi ini adalah normal bagi perkembangan awal kanak-kanak. Perilaku ini termasuk menggigit teether, barang permainan dan sebarang objek baru yang menarik perhatiannya.

Perilaku menggigit ini biasanya dilakukan oleh anak lelaki berusia satu hingga 2 tahun. Ketika ini, kemampuan bahasanya masih belum kukuh. Jadi gigitan dijadikan sebagai medium komunikasi pantas untuk menyampaikan rasa hatinya. Namun, dalam hal ini, anda sebagai ibu perlu mengawal ia daripada berlaku secara berlarutan.

Persoalannya, kenapa si kecil menggigit? Secara umummnya, ia adalah kerana si kecil inginkan perhatian atau mengekspreskan perasaannya yang tertekan, marah atau ketakutan. Ini adalah beberapa emosi yang kerap menjadi alasan si kecil mengigit.

Pernah suatu hari, saya di majlis kenduri perkahwinan. Tiba-tiba anak di terkam oleh seorang budak lelaki berusia lingkungan 2-3 tahun , mahu menggigit anak saya. Saya dengan pantas mendukung dan bawa lari anak saya ke tempat yang lebih selamat. Siap main tarik-tarik kaki anak saya untuk digigit tapi saya lepaskan. Geram jugalah tiba-tiba ada orang nak gigit anak kita kan? Ibunya pula entah ke mana. Bila saya perhatikan budak lelaki itu dari jauh, rupanya ibunya sedang sibuk berbual , bertepuk bertampar dengan rakannya. Rengekan anaknya langsung tidak diendahkan. Jadi , saya buat kesimpulan ibunya kurang memberi perhatian kepadanya. 




Antara 10 Solusi Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Anak Yang Suka Menggigit:
1) Kain  basah atau teether digunakan untuk si kecil menggigit. Cara ini akan menghilangkan rasa gatal dan sakit pada gusi semasa gigi dalam proses tumbuh.

2) Wujudkan persekitaran yang ceria supaya tiada sebab yang boleh mencetuskan kemarahan si kecil.

3) Pastikan si kecil cukup tidur dan kenyang sebelum bermain di luar.

4) Sewaktu bermain, anda perlu memberi tumpuan kepada si kecil supaya tidak berasa dipinggirkan . Terutamanya jika dia telah memiliki adik.

5) Beri dorongan untuk membantu si kecil meluahkan perasaannya. Ajar bagaimana untuk menyampaikan keinginan atau rasa tidak puas hati melalui ucapan.

6) Ajarinya bahawa tindakan meluahkan perasaan marah dengan cara menggigit adalah salah dan menyakiti orang.

7) Alihkan kemarahannya dengan melakukan aktiviti lain seperti bermain dengan binatang peliharaan, menari, mewarna atau bermain di padang permainan.

8) Jika si kecil menggigit, segera beri perhatian kepada mangsa yang digigit. Tenangkan mangsa terlebih dahulu apatah lagi jika anak orang lain.

9) Tergur dengan tenang tetapi tegas dengan mengatakan kepada anak, "jangan gigit" atau "sakit tau bila abang gigit".

10) Jangna berleter. Gunalah ayat ringkas supaya si kecil mudah memahami apa yang anda ingin sampaikan kepadanya.


5 Tip Aktiviti Di Luar Rumah Untuk Si Manja
Bermain adalah aktiviti yang mampu merangsang minda si kecil. Bukan sahaja di dalam rumah tetapi juga di luar. Jom ikuti 5 cadangan aktiviti ini:



1) Kutip daun dan bunga
Kutip pelbagai daun dan bunga. Setelah itu, kira bilangan yang telah dikutip. Sambil berseronok, anda dapat mengajar anak tentang nombor.



2) Melompat.
Dengan tidak memakai kasut, biarkan si kecil anda melompat di atas rumput. Pastika ia rumput yang selamat dan tidak terdapat objek tajam yang boleh mencederakan kaki si kecil.



3) Cop Kaki
Sediakan kertas putih bersaiz besar dan sapukan beberapa jenis pewarna bukan toksik yang berbeza pada tapak kaki si kecil. Biarkan anak anda berjalan di atas kertas. Pastikan dia teruja apabila melihat cop kakinya ada pada kertas itu. Pasti dia teruja apabila melihat cop kakinya ada pada kertas itu.



4) Main sembunyi-sembunyi
Anak akan gembira untuk mencari anda di sebalik celah rimbun pokok atau kerusi rehat di halaman rumah. Apabila dia berjaya mengesan anda, terus memeluknya sebagai tanda dia berjaya.


5) Baring bersama
Sesuai dilakukan di awal pagi sebelum cahaya matahari memancar. Anda dan si kecil duduk menghadap ke atas dan bercakaplah dengannga sambil menghirup udara segar. Tapi ikut kesusaian cuaca dan tempatlah. 


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test