Orang tua-tua pernah kata, keguguran bukan bermakna ia suata pengakhiran. Menurut Dr Lilian George, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Klang Specialist Hospital, Keguguran akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan tempoh pengaliran keluar bergantung pada usia kehamilan sebelum terjadinya keguguran dan jenis keguguran.
Berapakah
Proses pantang sebenarnya dilakukan mengikut budaya dan adat resam kaum masing-masing. Bergantung kepada usia kandungan ketika keguguran berlaku. Sekiranya kandungan ketika itu berusia lebih daripada 22 minggu, anda disarankan untuk berpantang seperti wanita bersalin.
Biasanya, cara berpantang akaan mengambil faktor pemakanan, rehat dan pemulihan tubuh badan. Jika mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang termasuk bab pemakanan dan aktiviti seharian.
Apakah yang cara-cara yang perlu saya lakukan jika berpantang keguguran?
1) Pakai pakaian tebal untuk mengelakkan angin masuk.
2) Ikat rambut dengan ketat.
3) Bertungku seluruh badan setiap hari terutamanya selepas mandi.
4) Urut seluruh badan dengan minyak herba.
5) Mandi herba membantu memberikan kesan aromaterapi yang menyenangkan.
6) Elakkan duduk bawah kipas atau di dalam bilik ber"aircond"
7) Jika selalu rasa sakit kepala dan pening, boleh memakai pilis pada dahi
8) Rehat dan tidur secukupnya
9) Elakkan memakan makanan yang gatal, berangin dan makanan laut yang berbisa.
10) Amalkan pemakanan seimbang.
5 info ibu selepas keguguran perlu tahu bahawa.......
1) Haid kembali seperti biasa selepas 3- 6 minggu
2) Jangan berendam atau berenang dalam sauna panas.
3) Elakkan hubungan intim sebaik sahaja keguguran.
4) Hubungan intim selepas habis pendarahan perlu menggunakan kondom untuk mengelakkan hamil sebelum tempoh 3-6 bulan.
5) Anda mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah ari-ari sama seperti rasa sakit yang dialami semasa haid. Ia mungkin berpanjangan selama 2 hari selepas keguguran. Segera berjumpa doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
Bila Waktu Yang Elok Untuk Hamil Semula?
- Selepas 3 atau selepas 3 kali haid.
- Hal ini penting kerana untuk memastikan lapisan dalam rahim atau endometrium pulih seperti sedia kala selepas keguguran sebelum ini.
- Ada sesetengah wanita yang menganggap keguguran menyebabkan ketidaksuburan hingga secepat mungkin ingin hamil semula dalam tempoh yang singkat. Sebenarnya keguguran berlaku secara semulajadi tidak akan menimbulkan masalah berkaitan ketidaksuburan. Andai kitaran haid anda normal selepas keguguran, maka tidak perlu risau untuk hamil lagi selepas ini.
- Kajian menyatakan bahawa kehamilan selepas keguguran akan lebih sihat. Kurangkan tekanan, sentiasa positif dan yakin dapat menjayakan kehamilan yang diimpikan.
No comments:
Post a Comment