Bagi ibu yang pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar . Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat, tidak pandai meneran bagi memastikan bayi dapat dikeluarkan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan kelahiran seperti ventouse atau forceps. Lebih-lebih lagi, setelah bergelut dengan kesakitan semasa kontraksi yang semakin kerap dan lama, anda boleh jadi keliru, kepenatan dan mudah berputus asa.
Ibu-ibu digalakkan menarik nafas dalam dari ruang abdomen semasa kontraksi (bukan dari dada). Cara pernafasan abdomen yang betul boleh membantu mengalih perhatian para ibu daripada perasaan sakit semasa kontraksi dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul.
RELAXATION TECHNIQUE
1)
Sentiasa bergerak semasa proses awal bersalin boleh membantu mengalihkan perhatian dan membantu mengatasi kesakitan dan seterusnya membantu mempercepatkan proses bersalin secara tidak langsung.
2) Birthing ball
Melakukan birthing ball atau melakukan senaman ringan semasa proses awal bersalin boleh membantu postur badan dan pelvis semasa menahan kesakitan semasa bersalin.
3) Hot Shower
Mandi air suam atau berendam di dalam birthing pool juga membantu mengalih perhatian para ibu dari kesakitan dan seterusnya mengurangkan sakit semasa kontraksi.
SIMPAN TENAGA UNTUK MENERAN
1- Elakkan meneran terlalu awal sebelum pembukaan serviks 10sm kerana ia boleh menyebabkan ibu berasa penat malah boleh memberi stress yang berlebihan kepada bayi dan juga koyakan pada serviks.
2- Ambil snek ringan sebelum masuk ke dewan bersalin
Contohnya roti,minuman berkhasiat dan buah-buahan seperti kurma dan pisang.
3- Dr Sharina menyatakan, kenyataan mengenai ibu yang ingin bersalin tidak dibenarkan makan adalah tidak benar sama sekali kecuali pada kes yang telah dijadualkan melahirkan menerusi pembedahan secara elektif. Manakala sepanjang masa di dewan ibu bersalin, ibu diberikan air dalam kuantiti sedikit seakan-akan seperti membasahkan bibir dengan air untuk mengelakkan kehausan.
CARA MENERAN YANG BETUL SEMASA BERSALIN IALAH SEPERTI BERIKUT:
INFO:
___________________
Semasa proses bersalin, doktor akan memeriksa sekiranya kepala bayi turun dengan betul dan sama ada terdapat tanda-tanda obstructed labour (keadaan yang tidak mengizinkan bayi lahir secara normal.
Antaranya ialah caput[bengkak pada kulit kepala bayi] dan moulding[apabila tengkorak bayi bertindan antara satu sama lain] .
Sekiranya tiada tanda-tanda di atas, proses proses meneran boleh diteruskan sehingga lebih kurang sejam (ibu bersalin kali pertama) atau 30 minit (bagi ibu yang berpengalaman asalkan CTG masih aktif).
___________________
AWAS!
Bernafas laju akan membuatkan anda cepat letih. Jika anda mempunyai masalah pernafasan seperti asma, beritahu doktor atau jururawat yang bertugas dan bawa ubatan yang berkenaan seperti metered dose inhaler.
1) http://www.pregnancybirthbaby.org.au/labour-complications
2) https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001587.htm
3) http://www.pitterpatter.com.my/vacuum-delivery/
No comments:
Post a Comment