10 FAKTA Perlu Tahu Tentang Uri




Uri merupakan selaput dan saluran yang berkembang seiring dengan perkembangan si manja. Menurut Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital bersalin Umra, URI MEMPUNYAI BANYAK FUNGSI KEPADA BAYI.

10 Fakta Tentang Uri:
1. Uri adalah satu-satunya talian yang menyalurkan bayi kepada pelbagai keperluannya daripada anda.

2. Antara fungsi uri adalah sebagai sokongan kepada bayi yang sedang berada di dalam kandungan.



4. Bahan seperti air, garam bukan organik, lemak, karbohidrat, protein dan vitamin dari darah akan meresapi uri dan disalurkan ke darah bayi.

5. Uri mengeluarkan beberapa jenis hormon termasuk estrogen dan human chorionic gonadotropin  (HCG) untuk menjamin perkembangan bayi sepanjang tempoh kehamilan.


6. Oksigen dan zat makanan disalurkan menerusi uri dan disalurkan kepada sistem saraf bayi yang dikandungi.

7. Uri berfungsi sebagai paru-paru, memindahkan dari darah anda kepada bayi dan karbon dioksida daripada bayi ke anda.

8. Bahan-bahan kumuh daripada bayi akan masuk ke dalam darah anda melalui uri dan dikeluarkan menerusi buah pinggang anda.

9. Di dalam uri terkandungnya cecair amnion atau lebih dikenali sebagai air ketuban yang berperanan menyerap sebarang hentakan atau getaran tanpa menjejaskan keadaan bayi.

10. Kesihatan uri menjamin kesihatan si kecil dalam kandungan. Uri memberi perlindungan kepada bayi daripada serangan mikroorganisma seperti kuman.

Bagaimana proses pengeluaran uri semasa dan selepas kelahiran?

- Apabila tiba waktu untuk bersalin, bayi akan keluar terlebih dahulu dan akan disusuli oleh uri.

- Uri akan bercerai dari dinding rahim dan bersedia untuk keluar seketika selepas proses kelahiran bayi berlaku.

- Ia akan memberikan beberapa petanda iaitu pemanjangan tali pusat (lenghtening of the cord ), aliran darah keluar darah yang lebih deras secara tiba-tiba dari faraj (sudden gushing of blood) dan rahim naik ke atas sedikit dari perut ibu.

- Keadaan ini adalah tanda-tanda yang akan diperhatikan dan diambil kira oleh doktor sebelum melakukan controlled cord traction (CCT) yang merupakan procedur menarik uri dengan cara terkawal menerusi method Brandt Andrew's
method Brandt Andrew's

- Setelah uri dikeluarkan, doktor akan memeriksa keadaan uri sama ada sempurna bentuknya bagi memastikan tiada cebisan uri ( membrane atau placenta) yang tertinggal.

- Uri tidak boleh dikeluarkan tanpa tanda-tanda  tersebut kerana ia akan menyebabkan masalah uterine inversion yang boleh memudaratkan ibu. Masalah hanya akan timbul apabila tiada tanda-tanda uri akan keluar selepas beberapa minit melahirkan.




Apa Prosedur Jika Uri Tidak Dapat Dikeluarkan?
Sekiranya tiada tanda-tanda uri akan keluar antara 30 minit hingga sejam selepas bayi lahir, doktor akan mengambil langkah untuk mengeluarkannya secara manual menggunakan tangan iaitu menerusi procedur manual removal of the placenta (MRP)


  • Anda akan dibius sebelum MRP dijalankan untuk mengelakkan trauma.



  • MRP yang dijalankan secara manual  boleh meningkatkan risiko uri tidak tercebis atau tidak keluar sempurna dapat dikeluarkan sepenuhnya.



  • Sekiranya terdapat sisa uri yang masih bersisa di dalam rahim, si ibu boleh mengalami demam(bentan), jangkitan pendarahan, tidak boleh kencing dan mudah mendapat komplikasi lain.
Alternatif lain:

Seandainya pemeriksaan ke atas uri yang dikeluarkan menunjukkan ia tidak keluar dengan sempurna, maka evacuation of retained products of conception (ERPOC) akan dijalankan di mana uri akan disedut keluar rahim.


Doktor akan memantau anda dan memeriksa sama ada pendarahan yang berlaku serius atau tidak.

Kes uri tertinggal adalah tinggi pada keadaan seperti uri hancur selepas procedur MRP, uri yang tidak sihat seperti uri lekang, bayi yang sudah meninggal dunia di dalam kandungan dan kelahiran pramatang yang menyebabkan plasenta terputus (cord snap).



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test