6 Manfaat Kangkung Walau MURAH Tapi Berkhasiat!



Kangkung memang popular, kan di kalangan suri rumah , mak-mak , makcik-makcik & nenek-nenek. Selain daripada MURAH, ia juga sebenarnya senang di dapati. Khasiatnya yang pelbagai membuatkan sayur ini diminati baik kanak-kanak mahupun dddewasa. Jangan pandang sebelah mata tau kangkung ni. Walaupun tak se"komersil" brokoli, asparagus, tapi khasiatnya banyak juga tau!


Mengurangkan kolestrol

Kangkung adalah pilihan tepat bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan sekaligus mengurangkan kolestrol secara semulajadi. Berdasarkan kajian yang dijalankan membuktikan bahawa pengambilan kangkung berupaya menurunkan kadar kolestrol dan trigliserida yang merupakan sejenis lemak.

Mencegah Jaundis & Hati

Kangkung telah lama digunakan dalam pengubatan penyakit kuning dan masalah hati.Kajian menunjukkan bahawa ekstrak tanaman ini mampu melindungi seseorang dari terkena kerosakan hati disebabkan sifat anti-oksidan di dalamnya.

Ubat Anemia

Kangkung kaya dengan zat besi yang sangat bermanfaat kepada pesakit  anemia dan wanita hamil. Zat besi merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh terutamanya oleh sel-sel darah merah dalam membentuk hemoglobin darah.

Cegah sembelit

Sekalipun ada yang menganggap ia sejenis sayur yang murah namun khasiat di dalamnya memang sukar untuk dinafikan lagi. Lantaran kaya dengan serat, ia mampu mencegah berlakunya gangguan pencernaan. Ia menjadi penawar bagi individu yang berhadapan dengan masalah sembelit dan gangguan di kawasan pencernaan.

Anti Diabetes

Terdapat sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan kangkung secara rutin berupaya menurunkan risiko diabetes. Sayur ini juga kerap digunakan dalam perubatan diabetes bagi wanita hamil.

Elak Kanser

Kangkung kaya dengan pelbagai khasiat. Di dalamnya mengandungi 13 jenis bahan anti-oksidan sekali gus menjadi pilihan tepat untuk mencegah kanser. Sayur ini mampu mengelakkan kanser perut, kulit dan payudara.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test