Kesan Stres Kepada Susu Ibu



Masalah stres kelihatan agak remeh tetapi besar impaknya kepada sesiapa yang mengalami. Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, masalah stres dikatakan tidak akan mengurangkan bekalan susu yang dihasilkan namun sekiranya ibu berasa sangat stres dan mengganggu kekerapan menyusukan bayi, ini akan mengurangkan bekalan susu ibu buat sementara.

Payu dara ibu menghasilkan susu mengikut permintaan bayi. Sekiranya penyusuan terganggu kerana apa sahaja puncanya dan bayi pula tidak menyusu seperti rutinnya, susu yang dihasilkan akan automatik berkurangan.

Jangan jadikan masalah stres yang anda sedang hadapi sebagai punca berkurangan kekerapan menyusukan bayi. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Sebaiknya terus susukan bayi sekerap dan selama mana yang dia kehendaki untuk meningkatkan bekalan susu ibu.

Jadi kata kunci penyusuan yang berjaya di sini adalah, 

MORE DEMAND , MORE SUPPLY. 
Semakin kerap kita menyusukan anak, Insya Allah susu tidak akan berkurang!


Masalah pelekapan bayi pada payu dara ibu juga boleh memberi kesan kepada penyusuan. Sekiranya bayi tidak melekap pada payu dara dengan betul, maka sukar baginya untuk mendapat susu yang cukup. Seterusnya bayi akan mengamuk dan menolak payu dara ibu apabila hendak disusukan. Ini memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.

Bahkan ada ibu yang kurang ilmu tentang penyusuan terus beranggapan bayinya enggan menyusu kerana bekalan susu ibu kurang, namun sebenarnya tidak. Oleh itu ibu perlu pelajari bagaimana posisi pelekapan bayi pada payu dara ketika menyusu.

Sekiranya ibu menghadapi masalah berkaitan penyusuan, jangan tanggung ia bersendirian. Rujuklah kepada mereka yang pakar untuk mendapatkan bantuan. Kini ada ramai Pakar/Konsultan Laktasi yang anda boleh hubungi bagi bertanyakan masalah yang dihadapi. Boleh rujuk di sini untuk hubungi pakar laktasi sekitar Malaysia.

Bahkan dengan menyertai banyak forum/kumpulan ibu-ibu menyusu dalam komuniti secara maya yang boleh berkongsi pengalaman dan info berguna. Belajar menyusukan bayi dengan susu ibu satu pengalaman yang menakjubkan. Oleh itu lalui ia dengan penuh rasa gembira dan yakin anda boleh memberikan si manja khasiat yang terbaik. Kegembiraan tersebut akan membuatkan anda tenang dan kurang rasa tertekan. Maka penyusuan susu ibu akan berjalan lancar.

Di bawah adalah beberapa makanan yang di katakan boleh mengurangkan stress mengikut beberapa kajian yang telah di jalankan:

Alternatif lain untuk mengurangkan stres  selain makanan di atas adalah dengan mengambil supplemen seperti Vitamin B kompleks yang sememangnya terkenal sebagai suplemen "Stress Relief".  


Menurut Best Health Magazines, satu kajian mengenai orang yang ada gangguan panik, OCD atau kemurungan mendapati bahawa, apabila mengambil dos vitamin B inositol yang ditetapkan , ianya berkesan dan mempunyai kurang kesan sampingan berbanding daripada ubat anti -stres! Khususnya , vitamin B1, B3 dan B5 , B12 dan asid folik dianggap kunci untuk menyekat stres , kerana mereka memberi kesan kepada kadar gula dalam darah , sintesis serotonin , kemurungan dan kesihatan adrenal.



sumber :
1) Pama
2) http://www.skinnymom.com/the-best-vitamins-for-stress-reduction/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

1 comment:

test