Anak Mengantuk Jika Bersarapan ?


Kebanyakan kanak-kanak enggan bersarapan disebabkan beberapa faktor seperti tidak ada selera makan pada waktu pagi, tidak sempat makan kerana perlu segera ke sekolah dan ada yang mengadu mereka sering mengantuk selepas bersarapan. Ibu bapa pula adakala terpaksa mengikut kehendak anak-anak.

Katanya lagi, tidak ada makanan yang baik untuk dimakan. Cuma , kaedah penyediaan makanan yang dimasak itu menjadikan sebahagian daripada zat hilang, kalori menjaadi bertambah tinggi dan sebagainya.

Mengapa Mengantuk ?
Menurut Pakar pemakanan Nestle Products Sdn Bhd, Nurul Iliani, keadaan mengantuk selepas makan biasa berlaku lebih-lebih lagi apabila makan berlebihan. Badan akan terasa layu dan lemah.

Biasanya perut kosong antara 7-10 jam sebelum bersarapan. Jadi dalam keadaan perut kosong, sudah tentu perut dan tubuh agak terkejut apabila tiba-tiba masuk makanan yang banyak di awal pagi. 

Jumlah energy yang  masuk dengan banyak di awal pagi membuatkan tubuh bekerja keras menghadam makanan yang dimakan tadi.


Tip Penyediaan Sarapan.
1. Masak hidangan sarapan  yang digemari anak-anak, bukan yang kita gemari. Ini untuk menggalakkan anak bersarapan sebelum ke sekolah.

2. Sediakan bahan-bahan masakan lebih awal seperti bahan tumisan , sayur-sayuran dan sebagainya atau bangun lebih awal.

3. Jika menyediakan bahan masakan lebih awal, basuh sayur dan simpan di dalam bekas bertutup. Potong hanya ketika hendak memasaknya.

4. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

5. Pilih kaedah masakan yang boleh mengekalkan zat makanan sedia ada, atau dengan kata lain pilih kaedah maemasak yang menyihatkan.

6. Gantikan santan dalam penyediaan  nasi lemak dengan menambahkan herba masakan seperti bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, jintan manis, halia dan sedikit tumisan serai.

7. Tambahkan sayur kangkung yang dicelur sebagai hidangan sampingan untuk nasi lemak, telur rebus dan kacang tanah yang digoreng untuk sumber protein. Buangkan minyak yang terapung di dalam sambal, sebelum mengambil sambal di dalam nasi lemak.

8. Sandwich - tambahkan salad, timun, tomato atau sayuran yang digemari anak-anak. Pilih  roti gandum penuh berbanding roti putih. Tambahkan telur hancur sebagai inti.

9. Bekalkan  juga buah-buahan untuk anak-anak nikmati selepas sarapan, atau ketika waktu rehat.

Tip Memilih Makanan Yang Sihat :


sumber :
Majalah keluarga.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test