Bahaya Jangkitan Urinari Buat Wanita




Saluran urinari atau saluran kencing adalah sistem yang menghasilkan air kencing dan mengeluarkannya daripada tubuh. Ia termasuklah punci, buah pinggang, dan saluran yang menghubungkannya. Apabila kuman masuk ke dalam sistem ini, ia boleh menyebabkan jangkitan.

Terdapat pelbagai nama berbeza bergantung kepada bahagian saluran urinari di mana jangkitan itu berlaku.

PUNDI - Jangkitan pada pundi juga di kenali sebagai cystitis atau jangkitan pundi.



BUAH PINGGANG - Jangkitan pada satu atau kedua-dua buah pinggang dikenali sebagai pyelonephritis atau jangkitan buah pinggang.


URETER - Saluran yang membawa air kencing daripada setiap buah pinggang kepada pundi adalah kawasan yang jarang mendapat jangkitan.


URETHRA - Jangkitan pada saluran yang mengosongkan air kencing daripada pundi ke luar dikenali sebagai urethritis. Kebanyakan jangkitan saluran urinari adalah jangkitan pundi. Jangkitan pundi biasanya tidak serius jika ia dirawat secepat mungkin. Jika anda tidak mengambil berat jangkitan pundi , ia boleh merebak ke buah pinggang. Jangkitan buah pinggang adalah serius dan boleh menyebabkan kerosakan KEKAL.

Penyebab jangkitan
- Biasanya, kuman akan memasuki sistem melalui uretra, saluran yang membawa air kencing daripada pundi ke luar tubuh.
- Kuman biasanya menyebabkan jangkitan ini hidup di luar usus dan di temui dalam najis,
- Jika kuman ini dapat masuk ke dalam uretra, ia boleh bergerak sehingga ke dalam pundi dan buah pinggang. Ini akan menyebabkan jangkitan.

Wanita cenderung mengalami jangkitan pundi dibandingkan dengan lelaki. Keadaan ini mungkin disebabkan wanita memiliki uretra pendek. Oleh itu kuman lebih mudah memasuki pundi. Melakukan hubungan seksual boleh memudahkan kuman untuk memasuki uretra. 

- Anda juga boleh mendapat jangkitan dengan mudah jika anda tidak meminum air secukupnya, jika anda menghidap diabetes atau hamil.
- Peluang mendapat jangkitan pundi adalah tinggi jika anda memiliki sebarang masalah untuk menghalang aliran air kencing daripada pundi.

Siapa berisiko mendapat jangkitan ?
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar seperti:
1. Batu karang
2. Bengkak prostat
3. Lubang kencing yang sempit urethral stricture )  

4. Selalu menahan kencing
5. Kurang pengambilan air.


Gejala-Gejala
Anda boleh mendapat jangkitan jika anda memiliki sebarang gejala berikut :


Bila perlu jumpa doktor?
Segeralah berjumpa dengan doktor secepat mungkin jika anda mendapat jangkitan dan :
1- mendapat demam, loya dan muntah-muntah atau sakit pada belakang bawah rusuk
2- Menghidap diabetes, masalah buah pinggang atau sistem imun lemah
3- Berumur lebih dari 65 tahun
4- Hamil.

Diagnosis
Doktor akan meminta sampel air kencing. Ia kemudiannnya akan diuji untuk melihat sama ada ia memiliki kuman yang menyebabkan jangkitan pundi.


Rawatan
Biasanya antibiotik yang diberikan oleh doktor mampu menyembuhkan jangkitan pundi. Adalah dapat membantu jika anda meminum banyak air dan cecair lain agar dapat kerap kencing sekali gus dapat mengosongkan pundi.
Jika doktor memberi antibiotik, ambillah seperti yang disarankan. Jangan berhenti mengambilnya hanya kerana anda sudah rasa baik. Anda perlu menghabiskannya agar anda tidak sakit semula.

Pencegahan
Anda boleh mencegah jangkitan daripada berlaku dengan melakukan perkara-perkara berikut :





lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test