13 Petua Tradisional Dengan Daun Sirih



Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal. Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans.

Nama saintifik bagi daun sirih adalah Piper Betle.

Daun sirih memiliki 4 jenis iaitu sirih hijau tua, sirih kuning, sirih kaki merpati dan sirih hitam. Namun kebanyakan yang digunakan adalah sirih berdaun hijau muda. Daun sirih mengandungi  minyak atsiri yang terdiri dari betlephoneol, kavikol, seskuiterpe, hidroksilkavikol, cavibetol, estragol, euganol dan karvakol.

Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh bakteria. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif. 

Antara 13 manfaat daun sirih termasuk seperti di bawah:

1.      Bayi kembung perut

Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang.

2.      Masalah keputihan

Rebus 10 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.

3.      Ditumbuhi bisul

Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.

4.      Bronkitis

Rebus tujuh helai daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sehingga rebusan menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.

5.      Batuk

Siapkan 15 helai daun sirih dan tiga gelas air. Cuci bersih daun tersebut dan rebus sampai menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.



6.      Kurangkan bengkak susu

Ambil beberapa helai daun sirih, cuci bersih dan sapu dengan minyak kelapa. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. Tampalkan di sekitar payu dara yang bengkak selagi daun masih hangat.


7. Menghilangkan Bau Badan

Ada wanita yang bermasalah dengan bau badannya. Meskipun pakai deodorant sekalipun, masih banyak wanita yang mengeluh jika badannya bau. Jika itu terjadi, pencegahan dari luar sahaja tidak cukup. Rawatan dari dalam juga harus dilakukan. Caranya adalah dengan merebus daun sirih menggunakan 100 ml air, kemudian minum air rebusannya pagi dan malam . Kandungan minyak atsiri dalam daun sirih dipercayai boleh menghilangkan bau badan yang menyengat.

8. Menghilangkan Jerawat

Wanita yang mempunyai  kulit berminyak khususnya sering bermasalah dengan jerawat. Wanita yang memiliki jerawat boleh menggunakan daun sirih untuk menghilangkannya. Caranya adalah dengan merebus daun sirih, kemudian mengusapkan bahagian muka yang berjerawat menggunakan air rebusan tersebut secara teratur, pagi dan malam hari.

9. Mengencangkan Otot Vagina

Bagi wanita yang sudah mempunyai pengalaman bersalin, tingkat kerapatan atau kekencangan otot vagina cenderung untuk berkurang. Untuk mengembalikan kekencangan otot vagina, salah satu cara tradisional adalah dengan menggunakan ramuan daun sirih. Caranya adalah sebagai berikut ini:

Siapkan 10 helai daun sirih yang sudah bersih.
Rebus menggunakan 150 ml air bersih.
Rebus hingga air kurang separuh dari periuk.
Saat masih hangat, ramuan diminum.
Ramuan ini sebaiknya diminum sehari sekali.

10. Menghilangkan Gatal Pada Organ Intim
Daun sirih bermanfaat untuk menghilangkan dan meredakan gatal-gatal pada vagina. Hal itu kerana sifat anti septik dan anti kulat yang dikandungnya. Gatal-gatal pada vagina boleh disebabkan oleh bakteria, kelembaban, kulat dan tersentuh dengan jari kotor. Banyak wanita yang menggaruk vagina untuk meredakan rasa gatal. Namun menggaruk bukanlah hal yang tepat kerana hanya akan membuat vagina iritasi. Cara mengatasi organ intim yang gatal adalah :
Rebus 10 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.

11. Mencegah Sel Kanser


Wanita sangat berisiko untuk terkena sel kanser. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Untuk mencegah pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh, salah satu cara tradisional adalah dengan menggunakan daun sirih. Kandungan antioksidan yang ada dalam daun sirih  bermanfaat untuk menangkal radikal bebas dan pertumbuhan sel kanser pada wanita. Caranya adalah dengan meminum rebusan daun sirih secara teratur. Mencegah hadirnya sel kanser tersebut lebih efektif jika wanita menggunakan rebusan dari daun sirih merah dibandingkan dengan daun sirih hijau. Sirih merah memiliki antioksidan lebih tinggi dibandingkan dengan sirih hijau.

12. Sakit gigi berlubang

Untuk mengubati sakit gigi berlubang, hiriskan sekeping daun sirih dan sumbatkan pada bahagian gigi yang berlubang.

13. Menghentikan pendarahan hidung.


Ronyok-ronyok atau ramaskan sehelai daun sirih kemudian sumbatkan pada hidung yang berdarah.


sumber : 
1) Pama
2) http://hamil.co.id/kewanitaan/herbal/16-manfaat-daun-sirih-bagi-wanita

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test