10 Makanan Penggalak Susu Ibu Yang Bernutrisi Tinggi



Ada ibu yang tidak perlukan sebarang milk booster atau penggalak susu pun. Ini kerana ibu-ibu ini berdisiplin dalam aktiviti pam dan direct feeding tanpa sebarang masalah. Namun kita perlu ingat, ada banyak juga faktor luaran yang memainkan peranan dalam penghasilan susu badan yang lancar. Dan ada sesetengah ibu memang memerlukan milk booster untuk kembalikan susu ke tahap yang sepatutnya.

Antara milk booster yang kerap di sarankan oleh kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan badan di luar sana adalah seperti :




1. Madu Lebah

Secara asasnya Fungsi dan Manfaat Madu Lebah adalah seperti berikut:


  1. Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  2. Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  3. Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat membantu proses penyembuhan arthirik sendi
  4. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  5. Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal yang membantu proses penyembuhan ulcer.
  6. Sumber laxative yang natural dan lembut
  7. Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  8. Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi





2. Halba


Halba secara khusus diketahui digunakan untuk membantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati membantu meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.



Antara kebaikan halba yang diketahui adalah seperti berikut:
  1. Diosgenine dalam halba merangsangkan penghasilan hormon estrogen dalam wanita dan oleh itu herba diakui mampu untuk menambahkan pengeluaran susu badan ibu
  2. Melegakan segugut kerana bahan aktif dalam halba merehatkan otot-otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.
  3. Melegakan simptom-simptom menopause.
  4. Mempermudahkan proses bersalin.
  5. Membantu dalam proses penyembuhan masalah usus, cirit-birit, batuk, sakit tekak, bronkitis, mencairkan kahak, ulser, masalah kulit, melecur, bisul, ekzema, gout dan athritis.
  6. Kajian terkini mendapati halba juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah. Ia memperlahankan penyerapan gula ke dalam perut dan merangsangkan pengeluaran insulin.





3. Kurma 

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.  


1. Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

2. Dari segi saintifik ianya amat berkesan untuk membantu dalam proses penyembuhan gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten di dalam perut telah menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.   


3. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.







4.Jintan Manis 

Jintan Manis atau Fennel Seed adalah bahan utama dalam masakan orang-orang Melayu dan kaum india. Tanpa jintan manis maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk pauk yang dimasak. Namun tahukah anda jintan manis mempunyai kehebatan tersendiri dan pelbagai khasiat di dalam perubatan. Antaranya, Ia dapat membantu dalam melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, memperbanyakkan susu dan membuang gas dalam usus selain mampu menurunkan berat badan dan memecahkan lemak tidak sihat dalam badan.

1. Jintan manis mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan membantu untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari jangkitan kanser kolon dan melewatkan proses penuaan.  

2. Jintan Manis juga paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu dalam proses mengubati kejang perut dan juga mampu melegakan sembelit. 

3. Herba ini juga dikatakan boleh merangsangkan detoksifikasi yang dapat  membantu proses penyembuhan gejala Premenstrual Syndrome (PMS) dengan mengawal hormon estrogen.

4. Manfaat kesihatan yang lain ialah ia mampu menurun paras kolesterol , meningkatkan sistem imun daripada penyakit, menghalang pembentukan gas dalam saluran usus, melegakan asma, batuk dan tonik untuk buah pinggang. 

5. Herba ini boleh dikunyah untuk menyegarkan bau nafas dan juga membantu meningkatkan keinginan seksual.




5. Barli 

Berikut adalah beberapa Khasiat dan Manfaat Barli untuk kesihatan :-


  1. Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
  2. Barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
  3. Pengambilan yang konsisten mampu mengelakkan penyakit jantung.
  4. Barli bagus untuk kesihatan kolon (usus). Barli mempunyai kandungan serat yang tinggi menjadi makanan kepada bakteria baik yang tidak berbahaya dalam kolon dan membantu melancarkan pergerakan sistem pencernaan. Secara tidak lansung akan menghalang dari penyakit buasir dan kanser kolon.
  5. Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut juga membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang pembentukan batu karang.
  6. Barli sesuai diamalkan oleh Pesakit diabetes kerana mempunyai banyak serat yang  mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  7. Barli kaya dengan selenium yang mana berfungsi mencegah kanser dan melegakan tanda-tanda lelah dan artritis.




6. Susu Kambing 

Amalan meminum susu kambing memang diakui sejak dulu lagi dapat meningkatkan pengaliran susu badan ibu.


  • Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, kandungan kalsium yang tinggi dalam susu kambing sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi ibu yang menyusukan. Kehebatan lain susu kambing ialah susu kambing lebih mudah dicerna. 
  • Susu kambing mempunyai molekul protien & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lain. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi juga.





7. Sayuran hijau
Sup bayam contohnya, makanan yang bagus untuk tambah susu. Ini kerana terdapat phytoestrogens yang dikatakan bagus untuk kesihatan tisu-tisu payudara. Juga bagus untuk menjaga kesihatan aktiviti penyusuan.



8. Apricot
Sebuah university telah mendakwa, bahawa apricot adalah penggalak susu yang semulajadi. Apricot adalah makanan yang kaya dengan kalsium, yang dikatakan sangat bagus bagi menambah susu ibu. Buah-buahan kering lain yang tinggi dengan sumber kalsium adalah kurma dan buat zaitun. Jadikan makanan sunnah ini, makanan sehari-harian.



9. Alfalfa
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.





  1. Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu, 13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu. 
  2. Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati. 
  3. Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem badan kita.

10. Sayur Pucuk Meranti

SAYUR PUCUK MERANTI (Solanum americanum) merupakan sejenis tumbuhan herba renek dari keluarga Solanaceae (sama seperti terung) yang kurang popular di Malaysia. Tumbuhan ini dianggap sebagai liar (wild crop) dan ada petani yang telah menganggapnya sebagai rumpai sahaja  didalam kebun. Ia sering diambil untuk dijadikan sayuran yang pahit dan berkhasiat.

Boleh katakan bahawa sayuran pucuk meranti ini adalah jenis sayuran jenis organik kerana kebanyakannya tumbuh liar secara semulajadi. Jarang-jarang orang menyembur racun tumbuhan ini yang juga selalu dianggap oleh petani sebagai jenis rumpai. 
Sayur pucuk meranti mempunyai khasiat yang tinggi. 
Antara menu masakan sayur pucuk meranti adalah seperti Masak Lemak Pedas, Tumis Berlada, Masak Air dan juga boleh dijadikan kerabu dengan kelapa. 
Cara masak pucuk meranti sebaiknya ia di celur dahulu pucuk meranti untuk melembutkannya dan juga bagi mengurangkan rasa pahit.
Pada setiap 100 gram pucuk meranti terdapat:
85 gram air, 
4.7 gram protin
8.1 gram karbohiderat
0.5 g lemak
1.9 mg Karotin, 
210 mg Kalsium
6.1 mg ferum
40 mg Vitamin C  
0.14 mg Vitamin B1. 
Bagaimanapun belum banyak dibuat kajian diatas khasiat dari daun pucuk meranti secara klinikal.


Namun begitu, janganlah kita sebagai ibu menyalahkan makanan milk booster jika pengeluaran susu sedikit. Ini kerana, kita haruslah faham konsep SUPPLY & DEMAND dalam penyusuan bayi.

SUPPLY & DEMAND adalah ASAS kepada penyusuan bayi . Semakin kerap kita mengosongkan payudara kita, semakin banyak susu dihasilkan. Semakin banyak susu diminum/dihisap oleh baby, semakin banyak susu akan dihasilkan. Ibaratkan seperti satu flushing system di rumah. Selepas selesai menunaikan hajat, kita akan tarik flush dan tank itu akan kosong. Tak lama kemudian, ia akan penuh semula ikut amount yang sepatutnya yang dikawal oleh pelampung.




sumber : 

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test