Setiap kali pulang dari pejabat, ibu tidak boleh terus berehat. Paling tidak ibu letak beg, gantung apron di badan dan bersiap-siap sediakan juadah makan malam untuk anak-anak dan suami. Ini rutin tetap ibu berkerjaya.
Tiada rungutan daripada ibu kerana dalam hatinya mahu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.
1. Ambil Masa Untuk Diri Sendiri.
Penting mencari satu masa untuk diri sendiri. Bayangkan selama ini anda sibuk menguruskan keperluan anak-anak. Sudah tiba masanya ibu perlu mencari minat ataupun hobi yang boleh dilakukan setiap hari. Jika hobi membuat roti,maka mulakan membuat roti yang benar-benar anda gemari. Sebaliknya jika suka membaca buku, luangkan waktu itu selepas menyelesaikan urusan anak-anak. Perkara utama adalah lakukan sesuatu yang anda suka. Menjaga kesihatan fizikal dan mental begitu penting agar anda boleh memastikan anak-anak bergembira pada hari-hari mendatang.
2.
3.
Aturan kerja penuh disiplin adalah asas kejayaan seorang ibu. Bangun seawal pagi dan lakukan setiap pekerjaan itu dengan pantas dan tangkas. Buat senarai kerja dan letakkan di tempat yang boleh dilihat dengan mudah .
4.
Walaupun anda ibu berkerjaya, perlu diketahui keluarga adalah fokus utama seorang wanita. Dalam apa-apa perkara, mereka perlu ada dalam hati anda terlebih dahulu. Setiap kali pulkang ke rumah, perkara utama, dakaplah anak anak dahulu. Seharian bekerja, anak-anak di bawah jagaan dan kasih sayang orang lain, apalah salahnya menggomol anak-anak , peluk cium mereka paling kurang 10-15 minit!
5.
rumah yang tersusun rapi akan meringankan bebanan tugas di tempat kerja. |
Binalah sebuah rumah ibarat syurga. Yang mana anda, suami dan anak-anak bahagia berada di dalamya. Ia perlu di cipta dengan perasaan kasih sayang dan saling memahami. Selain itu, memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur. Ajar anak-anak mengemas barangan mereka. Ia akan membantu meringankan tugasan anda kelak. Tetapi jika anak-anak masih bayi, cubalah berbincang dengan suami untuk bahagi2 tugasan agar anda tidak terbeban kerana anda berdua sama-sama mencari rezeki.
No comments:
Post a Comment