Berapakah berat bayi normal pada waktu kelahiran?
Mengikut statistik, berat bayi normal sebaik sahaja dilahirkan adalah sekitar 3.4kg.
Apakah yang membuatkan bayi anda lebih atau kurang daripada bayi orang lain?
1. Diet
2. Tahap kesihatan anda, sama ada anda menghisap rokok atau menghidap diabetes atau mempunyai penyakit lain.
3. Berat kelahiran anda sendiri, berat anda dan berat suami anda, kedua-duanya boleh memainkan peranan dalam menentukan berat bayi normal ataupun tidak.
4. Jantina bayi anda , samada lelaki atau perempuan. Kebiasaannnya bayi lelaki lebih berat berbanding perempuan.
5. Samada ini adalah bayi pertama atau tidak. Bayi pertama biasanya lebih ringan daripada bayi anda yang seterusnya.
6. Samada anda mengandung anak kembar. Ini adalah jika kerana anda sedang mengandung anak kembar, bayi-bayi tersebut akan lebih ringan daripada anda mengandung seorang anak.
Penurunan badan bayi selepas lahir?
Jika berat bayi anda menyusut sedikit selepas baru lahir, usah bimbang. Secara purata bayi anda akan hilang 5-10% berat berbanding waktu lahir. ini disebabkan bayi anda kehilangan bendalir yang merupakan perkara biasa sejurus lahir. Dan juga kerana bayi anda tidak memerlukan susu yang banyak dalam tempoh beberapa hari selepas lahir. Semua in ibakal berubah dan dalam tempoh 10-14 hari, bayi anda akan mula menambah berat badan.
Secara amnya, bayi akan bertambah berat sebanyak 0.5-1.0kg setiap bulan untuk tempoh 3 bulan pertama.
Berikut adalah panduan am untuk pertumbuhan bayi yang diberikan susu ibu pada tahun pertama:
- Pertambahan berat badan 112-200 gram
seminggu pada bulan yangpertama - Purata 1/2 hingga 1 kilogram sebulan untuk tempoh enam bulan pertama
- Purata 1/2 kilogram sebulan dari enam bulan hingga satu tahun
Bayi biasanya menambah panjang kira-kira satu inci sebulan (2.5cm) dalam tempoh enam bulan pertama, dan satu setengah inci sebulan dari enam bulan hingga satu tahun.
Pada tahun 1992, Dr. Katherine Dewey, University of California di Davis menjalankan satu kajian yang membandingkan corak pertumbuhan bayi susu ibu vs bayi susu formula. Dikenali sebagai kajian Darling, keputusan ini menunjukkan:
1. Bayi susu ibu dan susu formula berkembang pada kadar yang sama dalam beberapa bulan pertama.
2. Antara empat dan enam bulan, bayi yang diberi susu formula cenderung untuk mendapatkan berat badan yang lebih cepat.
3. Selepas tempoh enam bulan pertama, bayi yang diberikan susu ibu cenderung untuk menjadi lebih mantap berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Cuba pegang badan anak susu ibu dan anak susu formula.
4. Berat tambahan di dalam bayi yang diberi susu formula adalah kerana takungan air yang berlebihan dan komposisi lemak badan yang berbeza. Penyelidik Darling mencadangkan agar carta pertumbuhan yang berbeza antara bayi susu ibu dan susu formula.
Walaubagaimanapun, pertambahan berat badan ditentukan oleh banyak faktor sebenarnya, bukan sekadar 'sebab dia menyusu badan'. Kerana bayi menyusu badan juga mempunyai keunikan dalam berat badan masing-masing. Sebagai contoh, bayi susu ibu memiliki berat badan berbeza kerana disebabkan oleh keturunan yang mempunyai kadar metabolik yang berbeza, dan oleh itu tahap membakar kalori berbeza.
1. http://siraplimau.com/berat-bayi-normal-baru-lahir/
2. http://pilihan-ibu.blogspot.my/2012/03/susu-ibu-berapa-banyak-kenaikan-berat.html
3. http://www.who.int/childgrowth/standards/technical_report/en/
No comments:
Post a Comment