Apabila Anak Bersikap Aneh




Anda terkejut melihat kelakuan anak anda yang adakalanya aneh. Contohnya, dia mengangkat kainnya tinggi-tinggi ketika membawanya bertemu dengan teman-teman. Bagi anda, perilaku tersebut tidak sopan dan membuat anda malu.

Namun sebenarnya, melalui cara itu dia ingin mengekspresikan perasaannya.

Memandangkan kemampuan bahasanya yang masih terhad, dia menunjukkan melalui pelbagai aksi. Ini beberapa aksi pelik yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak dan cara mengatasinya.



1) Mengelak Pandangan
Ini biasanya terjadi ketika anak melakukan kesalahan yang menurutnya mengecewakan anda. Dia tidak ingin melihat anda kecewa dengan membalas pandangan anda. 
"Ketika dia tidak mahu melihat mata anda, dia sedar akan perbuatannya yang membuatkan anda kecewa" Ujar Professor MAdya Kristin Lagattuta di Centre for Mind and Brain di University of California, US.

Lakukan ini : Jadikan ia mudah! Bantu anak anda menyedari kesilapannya dengan perkataan sederhana. Misalnya , jika dia tidak sengaja memecahkan gelas, katakan padanya bahawa dia harus lebih berhati-hati ketika bermain. Jelaskan juga bahawa anda akan membersihkan pecahan kacanya agar tidak ada yang luka




2) Membawa Mainan Ke Katil
Tingkahnya yang satu  ini tentu membuat tempat tidur anda berantakan. Tapi, menurut Kertin Potter, pengarah program pendidikan awal kanak-kanak di Harcum College, Pennsylvania, AS, hal ini merupakan salah satu trik agar si kecil terhindar daripada mimpi buruk. Ini kerana pada usia ini anak sudah mulai berimaginasi. Cara itu akan membuatnya lebih selesa dan terhindar daripada bangun pada tengah malam.

Lakukan ini: Biarkan dia membawa mainan kegemarannya ke tempat tidur pada waktu tidur. Namun katakan padanya dia hanya boleh membawa 3 mainan ke atas tempat tidur. Cuba untuk negotiate dengan anak.



3) Mengangkat Baju
Perilakunya ini membuat anda marah tetapi itu adalah usahanya menutup mukanya ketika bertemu orang baru kerana merasa cemas. Dia tidak selesa kerana dikelilingi orang yang lebih besar dan lebih tinggi daripada dirinya.

Lakukan ini: Apabila membawa kanak-kanak ke persekitaran baru, beri waktu kepadanya. Tunjukkan kepadanya bahawa lingkungan yang ada di sekitarnya adalah lingkungan yang aman dengan cara menyapa orang-orang dikenali dan tidak perlu memaksanya untuk memaksanya untuk bersalam jika dia tidak mahu. Dengan itu, dia merasa percaya diri dan tidak perlu bersembunyi di balik bajunya atau baju anda.




4) Bersembunyi Di Balik Sofa
Anak boleh memberitahu bahawa dia memerlukan privarsi. Kebiasan yang dilakukannya ini disebabkan oleh 2 perkara iaitu membuang air kecil atau air besar. Sebaiknya, anda tidak memberi respons dengan menghampirinya dan bertanya. "Buat apa di belakang sofa?" sambil memeriksa seluarnya.

Lakukan ini: Sudah tiba masanya anda mulai melatih anak anda untuk bebas lampin. Caranya, dengan mengajaknya ke tandas secara berkala, menunjukkan cara duduk di atas tandas secara berkala, menunjukkan cara duduk di atas tandas, dan bagaimana membersihkan kemaluan dan punggung. Selain itu, belikannya seluar dalam dengan karakter kesukannya agar membuatnya bersemangat.



5) Berkelakuan Kasar
Dia tiba-tiba membuang makanannya, memukul dan mencampak mainnya. Ia sebagai tanda anda untuk memberitahu dirinya tidak selesa, bosan, tidak sedap badan atau sedang mencari perhatian.

Lakukan ini : Berusahalah mencari tahu apa yang terjadi padanya. Jika dia bosan, ajaknya bermain permainan baru atau mengajaknya ke luar rumah. Jika dia terus memberontak, anda boleh memberinya time-out. Jelaskan kepadanya, dia boleh menunjukkan atau mengatakan sesuatu jika dia ingin sesuatu.



6) Menjerit
Ini bererti dia ingin kehendaknya dipenuhi pada waktu itu juga. Mungkin anda lupa menyiapkan makannya dan dia lapar. Boleh jadi jugaanda tidak memberi perhatian kepadanya kerana sibuk dengan tugas.

Lakukan ini: Ketika dia menjerit, jelaskan bahawa anda mendengar apa yang dikatakan. Misalnya, dengan mengatakan, " Ibu akan siapkan makanan untuk sayang. Mari cuci tangan dulu". Tapi jika dia menjerit kerana anda sibuk dengan kerja, segera berhenti dan hampirinya dan berikan pelukan.




sumber : Mingguan Wanita

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test