19 Tips Menidurkan Bayi



Saya dulu waktu baru dapat baby, banyak benda saya tidak tahu tentang bayi . Semua belajar dari google dan korek tip-tip dari mak dan mak mertua by phone. Langsung tidak ada skil menjaga baby. Hari pertama jaga baby sendiri tanpa bantuan sesiapa selepas berpantang adalah pengalaman yang saya tak akan lupakan. Mungkin masa itu masih lagi dalam mood pantang, (walhal dah hari yang ke 46 rasanya )  jadi perasaan sedih dan takut tu bercampur baur. First time jadi ibu lah katakan.

Untuk ibu-ibu di luar sana, yang baru pertama kali bergelar ibu, Tahniah! Anda telah dikurniakan cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang anda suami isteri. 

Semoga 19 Tips Menidurkan Bayi ini dapat membantu memudahkan hidup anda :

1. Jangan Bertentang mata

Ini adalah trick pertama. Elakkan bertentang mata dengan anak. Bila anda bertentang mata dengan anak, anda akan merangsang matanya untuk lebih segar.

2. M untuk Mandi !

Mandikannya dengan air hangat atau suam. Urut lembut badannya. Tetapi jika waktu malam, tidak perlu. Bayi anda akan jadi lebih selesa.

3. Susukan Anak

Ada bayi yang mudah tertidur dengan menyusu badan ibunya. 

4. Kemas tempat tidur

Tempat tidur yang kemas dan hangat merangsang anak untuk tidur lebih selesa. Bayangkan jika ada mainan di atas katil? macam mana nak tidur! 

5. Sentuhan Tangan.

Cuba letakkan tapak tangan dengan lembut di atas perut bayi, lengannya atau kepalanya. Jangan tindih pula. Usap bahagian badan ini dengan lembut menggunakan tapak tangan anda. Kaedah mudah ini akan membuatkan bayi berasa selesa dan "secure" seterusnya merangsang bayi untuk tidur lebih lena.

6. Waktu Yang Ideal

Bayi yang terlalu penat mungkin susah untuk tidur. Mewujudkan jadual tidur untuk bayi adalah penting. Berikut ini adalah gambaran umum (tidak serta merta setiap bayi sama) mengenai jumlah jam tidur bayi berdasar usia:

Usia Bayi 1-4 minggu: Waktu Tidur 15 - 16 jam perhari

Usia Bayi 1 - 4 bulan: Waktu Tidur 14 - 15 Jam Perhari

Usia Bayi 4 - 12 Bulan: Waktu Tidur 14 - 15 Jam Perhari

Usia 1 - 3 Tahun : Waktu Tidur 12 - 14 Jam Perhari

Usia 3 - 6 Tahun : Waktu Tidur 10 - 12 Jam Perhari
Anak-anak pada usia ini akan pergi tidur malam mulai jam 7 atau jam 9 dan bangun antara jam 6 hingga jam 8 pagi. 

7. Suhu bilik

Suhu bilik tidur bayi juga memainkan peranan lena tidur bayi. Suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk tidak bagus untuk bayi. Suhu yang sesuai untuk bayi tidur adalah sekitar 16-20 darjah celcius.

8. Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

9. Dodoi

Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.

10. Gelapkan bilik.

Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.


11. Urut 

Bayi dan anak kecil amat selesa dan suka apabila diurut lembut dan ianya membantu mereka untuk tidur dengan lebih cepat.  Anda boleh mengurut mereka dengan menyapu baby oil .

12. Tidur Siang

Selain daripada membolehkan ibu-ibu membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak , basuh baju dan lain-lain, tidur siang juga sebenarnya penting untuk perkembangan mental dan fizikalnya.

13. Tukar lampin baru sebelum tidur

Lampin atau pampers yang basah ketika tidur akan mengganggu tidur bayi. Alert supaya anda tidak lupa menukar lampin sebelum menidurkan bayi kesayangna anda kerana 

14. Tidur dalam kereta yang bergerak.

Pernah beberapa kali anak saya menangis tak mahu tidur tanpa sebab. Susah sangat nak tidur dan cranky . Jadi apabila encik suami dapat idea untuk tidurkan anak dalam kereta sambil pusing-pusing area taman perumahan, dalam 15 minit macam tu, anak terus tertidur. Usah risau dengan pandangan orang =). Bukan mereka yang menjaga bayi anda.

15. Rutin.

Apabila anda sudah membiasakan rutin menidurkan bayi anda pukul 9 malam contohnya, bayi anda akan terbiasa untuk  tidur sekitar waktu itu dengan mudah. Cuba konsisten, Insya Alllah mudah.

16. Bedung

Bagi bayi yang masih kecil, membedungnya untuk tidur juga dapat membantu bayi tidur lebih lama dan lena. Sebab kadang-kadang bila bayi tersentak semasa tidur, sekurang-kurangnya dengan adanya bedung dapat mengurangkan risiko bangun terkejut.

17. Baca Buku

Bedtime story juga adalah salah satu rangsangan untuk menidurkan bayi anda. Jangan pula melontarkan suara yang lantang tetapi emnggunakan intonasi suara yang lembut agar bayi lebih relaks dan gembira.

18. Shhhhh...

Sambil menidurkan bayi anda, alunan perkataan "Shhhhhh.." juga sebanrnya membantu bayi anda lebih relaks. Semasa bayi anda di dalam perut,, dia ditemani dengan bunyi aliran darah anda dan tenang di dalam rahim anda. Cubalah!

19. Muzik/Selawat

Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala. Untuk umat Islam, anda digalakkan berselawat dan mendendangkan alunan ayat suci Al Quran.


sumber :
1. http://www.parenting.com/gallery/baby-sleep-solutions?page=26
2. http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/gaya-tidur-bayi
3. http://mumbabytime.com/7-simple-steps-to-changing-a-diaper/
4. http://beingmumma.in/2015/08/06/guest-post-road-trip-activities-for-toddlers/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test