4 Masalah Tentang Penyusuan Bayi dan Jalan Penyelesaiannya


Bukan mudah hendak menyusukan anak dengan susu ibu tanpa melalui sebarang cabaran dan rintangan. Proses menyusukan anak bukan sekadar menyumbat puting payu dara ibu ke dalam mulut anak sahaja. Terdapat 1001 macam masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu menyusu. Namun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan ibu perlu tahu bagi memastikan proses penyusuan berjalan lancar dan ibu tidak mudah berputus asa. Kaunselor Laktasi Lunatots, Hazarina Ishak membantu ibu solusi setiap masalah biasa yang dihadapi oleh ibu menyusu.

1. Payudara tersumbat dan susu tidak keluar


Punca:


Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya kerana mungkin disebabkan lekapan semasa menyusu tidak betul, bra tidak ditarik ke atas tanpa membuka kancing.


Penyelesaian:


a) Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.


b) Pam susu setiap dua jam sekali atau boleh gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet).


c) Pastikan tangan bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam. Mula buat urutan menggunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola.


d) Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.


e) Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.



2. Masalah bengkak susu


Punca:


Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit dan demam.


Penyelesaian:


a) Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.


b) Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.


c) Teruskan menyusu bayi setiap dua jam sekali.


d) Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu terus atau bayi sedang tidur).



3. Bayi menyusu sebelah sahaja


Punca:


Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara sahaja.


Penyelesaian:


a) Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.


b) Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk bayi akan mudah memberi kerjasama.


c) Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemari bayi. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong barulah beralih ke payudara yang digemarinya.


d) Menyusukan bayi di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi dan tenang.


e) Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.


f) Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu akan lebih lancar.



4. Masalah susu berkurang


Punca:


Masalah ini disebabkan kurang stimulasi pada payudara menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain itu, ia juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak barulah bertindak untuk mengepam susu.


Penyelesaian:


a) Susu berkait rapat dengan demand dan suppy (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan.


b) Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.


c) Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.




sumber : Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test