Ibu Hamil memang terkenal golongan yang mudah berasa panaswalaupun sudah berada dalam bilik berhawa dingin. Apatah lagi berada dalam cuaca panas terik, mereka akan berkali-kali ganda panas. Kepanasan yang keterlaluan tidak elok untuk kesihatan ibu hamil.
Berikut Tip Bagaimana Ibu Hamil Menghadapi Cuaca Panas:
1.
Ketika hamil, kurangkan pengambilan makanan bergaram. Ini kerana pengambilan makanan tinggi kandungan garam boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan pra eklampsia. Bahkan garam juga boleh membuatkan beberapa bahagian badan mengalami pembengkakan. Bengkak di bahagian tangan atau kaki ibu hamil akan membuatkan rasa lebih malas hendak bergerak. Seterusnya ia membuatkan badan kurang selesa dan semakin cepat panas.
2.
Salah satu tip paling mudah untuk mengatasi rasa tidak selesa ketika cuaca panas dengan minum banyak air masak. Bahkan jika tidak hamil sekalipun , anda memang disarankan minum banyak air. Selain memberikan rasa segar dari dalam, air masak berfungsi menggantikan cecair yang cepat hilang ketika cuca panas. Ibu hamil cenderung lebih mudah dehidrasi dibandingkan dengan orang biasa. Oleh itu pengambilan banyak air masak membantu mengelakkan masalah dehidrasi ketika mengandung.
3. Kerap Guna Krim Pelindung Matahari
Perubahan hormon ketika mengandung membuatkan kulit ibu hamil cepat sensitif. Pendedahan secara pangsung kepada pancaran cahaya matahari akan membuatkan kulit cepat menggelupas, kering dan kusam. Oleh itu pastikan anda sentiasa memakai krim pelindung sinaran cahaya matahari atau mengelakkan daripada sering melakukan aktiviti luar rumah di waktu cuaca panas.
4.
Dalam cuaca panas, seeloknya elakkan penggunaan air hangat ketika mandi. Pancaran terik matahari sudah membuatkan kulit terasa lebih kering, jika ibu menggunakan air hangat ia akan terus memburukkan lagi keadaan kulit. Jadi, gunakan sahaja air biasa ketika mandi. Disarankan menggunakan pancuran air supaya lebih memberikan kesegaran kepada badan.
No comments:
Post a Comment