Faktor-Faktor Risiko Tekanan Darah Tinggi Yang Anda Perlu Tahu!



Adakah anda calon penghidap tekanan darah tinggi? Jika ya, penting untuk mula menguruskan gaya hidup dengan tabiat yang menyihatkan jantung. Sains telah mengenal pasti faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat tekanan darah tinggi dan sekaligus memberi risiko untuk serangan jantung, penyakit jantung dan strok.

Faktor-faktor risiko mendapat tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah:




Sejarah Keluarga
Berat, rambut dan warna mata memang diwarisi dalam keluarga. Begitu juga dengan tekanan darah tinggi! Jika ibu bapa atau saudara terdekat mengalami tekanan darah tinggi, anda juga boleh mewariskan faktor risiko tersebut pada anak-anak . Itulah sebabnya penting bagi kanak-kanak dan orang dewasa untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap. Anda tidak boleh mengawal keturunan, tetapi anda boleh mengambil langkah untuk hidup mengamalkan gaya hidup sihat dan merendahkan faktor-faktor risiko. Pilihan gaya hidup sihat membenarkan kebanyakan orang yang memiliki sejarah keluarga mengalami tekanan darah tinggi untuk mengelaknya. Belajar mengenai perubahan gaya hidup boleh memastikan anda mencegah tekanan darah tinggi.



Usia  Yang Meningkat
Apabila seseorang itu berusia, mereka akan berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Pembuluh darah hilang keanjalan berikutan penambahan usia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada peningkatan tekanan ke seluruh sistem badan.




Corak Risiko Berkaitan Jantina
Lelaki mengalami peratusan tinggi mengalami tekanan darah tinggi sehinggalah mereka berusia 45 tahun. Daripada usia 45 hingga 54 dan 55 hingga 64, peratusan lelaki dan wanita  yang mengalami tekanan darah tinggi adalah sama. Selepas itu, wanita memiliki peratusan tinggi mengalami tekanan darah tinggi daripada lelaki.



Kekurangan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal baik untuk jantung dan sistem peredaran darah. Gaya hidup tidak sihat meningkatkan peluang mengalami tekanan darah tinggi, penyakit jantung, penyakit pembuluh darah dan strok. Tiada aktiviti juga memudahkan seseorang itu terlebih berat badan atau obes. Hadiahkan diri anda dengan kesihatan yang baik dan rendahkan tekanan darah anda dengan melakukan aktiviti fizikal sederhana sehingga berat dengan kerap.



Pemakanan Tidak Sihat Terutamanya Melibatkan Pengambilan Terlalu Banyak Garam
Bagi menjaga tubuh, kita perlukan zat daripada pelbagai sumber makanan. Pemakanan yang tinggi kalori, lemak dan gula dan rendah dalam zat yang diperlukan menyumbang kepada kesihatan yang BURUK dan juga OBESITI ! Perngambilan garam terlalu banyak juga boleh memberi masalah. Sesetengah orang sensitif terhadap garam. Ini bermakna kandungan garam yang tinggi dalam pemakanan meningkatkan tekanan darah tinggi. Garam menyimpan cecair berlebihan dalam tubuh yang boleh menambah beban kepada jantung. Walaupun terlalu banyak garam boleh membahayakan kesihaatan tetapi pilihan makanan sihat sebenarnya boleh merendahkan tekanan darah. Belajarlah menikmati pemaknan sihat untuk jantung.



Berat Badan Berlebihan Dan Obesiti
Indeks Jisim tubuh (BMI )antara 25 hingga 30 boleh termasuk dalam berat badan berlebihan.  Indeks jisim tubuh (BMI) melebihi 30 adalah OBES! Berat badan berlebihan meningkatkan tekanan pada jantung, menaikkan kolestrol darah dan tahap gliserid dan merendahkan tahap kolestrol HDL (Kolestrol baik). Ia juga membuatkan diabetes terbentuk. Mengurangkan berat badan boleh membantu merendahkan tekanan darah dan risiko penyakit jantung. Bagi menghilangkan berat badan secara sihat kebanyakan orang perlu membuang lebih 500 kalori daripada pemakanan mereka agar dapat mengurangkan lebih 1 paun ( 0.45kg) seminggu.  Mengikut pengalaman saya sendiri, ianya memang berkesan iaitu dengan bersenam selama 1 jam hingga 1 jam 30 minit (iaitu bersamaan dengan 500-600kalori ) , 5-6 kali seminggu. Dalam sebulan, saya dapat kurangkan 2-3kg ! 

Faktor Penyumbang Yang Lain : 
Terdapat hubungan antara tekanan darah dan faktor-faktor ini tetapi sains tidak dapat membuktikan ia sebenarnya menyebabkan tekanan darah tinggi. Antaranya adalah :



Tekanan Atau Stres
Tiada bukti sains yang dapat membuktikan tekanan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Tetapi beberapa kajian ada beberapa bukti sebagai contoh, mereka yang berada di dalam keadaan tertekan boleh terlebih makan atau kurang melakukan aktiviti fizikal, minum arak, merokok atau menyalahgunakan dadah. Carilah cara lain untuk mengurangkan stress contohnya joging, bersenam di gym, hiking dan sebagainya.



Merokok Dan Perokok Pasif
Merokok menaikkan tekanan darah dan meningkatkan risiko kerosakan arteri. Penggunaan tembakau boleh membahayan kesihatan, terutamanya jika anda sememangnya berisiko tinggi mengalami tekanan darah tinggi. Perokok pasif ( mereka yang terdedah pada asap perokok) meningkatkan risiko penyakit jantung untuk mereka yang tidak merokok. Belajarlah untuk membuang tabiat merokok.



Apnea Tidur
apnea tidu radalah penyakit tidur yang berpotensi membahayakan nyawa. Otak memaksa mereka yang sedang tidur terjaga secukupnya untuk batuk atau menelan udara dan membuka trakea semula. Tetapi kemudian kitaran itu akan bermula semula. Berhenti seketika semasa bernafas boleh menyumbang kepada kelesuan teruk pada waktu siang, meningkatkan risiko keselamatan dan menjadikan diri sendiri sukar untuk melakukan tugasan yang memerlukan daya tumpuan. Apnea tidur juga adalah faktor risiko untuk masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kegagalan jantung, diabetes dan strok.





SET DARAH TINGGI PREMIUM : 

Set darah tinggi dari Shaklee menawarkan supplemen dari sumber semulajadi! 
Secara ringkasnya boleh disimpulkan manfaatnya seperti berikut:


1- Vivix : vitamin super antioksidan shaklee, dikatakan serangan radikal bebas punca kepada lebih kurang 50 penyakit, bererti kebanyakan penyakit mampu dicegah dan dirawat dengan Vivix. ahsia di dalam kehebatan vivix ni terletak pada bahan yang dipanggil ‘Resveratrol’ iaitu sejenis bahagian tumbuhan yang dipanggil  polyphenols. Komponen ini mempunyai bahan antioksidan yang sangat tinggi yang mampu memelihara badan daripada kerosakan DNA yang boleh menyebabkan risiko seperti kanser dan penyakit jantung. Resveratrol dijumpai di dalam kulit anggur , kacang dan beri. Tapi yang istimewanya vivix ni Resveratrol di ambil dari 4 bahan yang sukar dijumpai di dunia iaitu:
(bahan-bahan vivix)

  •     Anggur muscadine
  •    Polygonum cuspidatum
  •    Lobak ungu
  •    European elderberries


2 - OmegaGuard : omega-3 memperbaiki profil lemak darah dengan menurunkan kadar trigliserida dan kolesterol VLDL (Very Low Density Lipoprotein),
menaikkan kolesterol HDL sehingga membantu mengurangi dan mencegah timbunan plak pada pembuluh arteri jantung.
Omega-3 mempunyai efek ringan terhadap penurunan tekanan darah.

3 - Phytocol ST :antara produk terkini yang dicipta khas untuk mencegah kolesterol baru dari melepasi dinding perut dan masuk kedalam darah bersih. Kesan dapat dirasa agak segera.

4 -Garlic : membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.

meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari

5 - Vitamin E : kategori antioksidan dengan mencegah kolesterol mengeras dalam arteri, dan mencairkan darah, jadi walaupun arteri sempit, darah masih boleh mengalir.

6 - Osteomatrix : Kalsium, Magnesium, Phosforus, Vitamin D Formula Lengkap Seimbang. Antara  peranan kalsium magnesium yang seimbang ialah akan menstabilkan degupan jantung, kalsium nutrien penting untuk otot dan tulang dan otot terbesar dan terpenting kita ialah jantung, so nampakkan kaitannya.







Yang Ikhlas,
____________________________
Lydia 
Wassap/SMS/Call : 013-2999 408

COD area
Taman Selayang Mulia
Taman Indah Gemilang
Taman Sri Gombak
Bandar Baru Selayang 2
____________________________



**Kredit to this blog : 

1. http://kedaivitaminhalal.blogspot.com/
2. http://zaravitshoppe.blogspot.com/2013/10/set-budget-3-serangkai-set-darah.html
3. http://www.drwhitaker.com/5-supplements-that-lower-blood-pressure-naturally/
4. http://healthyoates.com/blog/shaklee-vivix-vs-high-blood-pressure-testimony/


Sedikit gambar selingan anak-anak yang sekarang ni,suka sangat "mengemas" kalau ibu die tengah masak.



*Anas memang badang. Tabung kaca pemberian Mak Tok die habis pecah. Kuat pulak die tolak tabung tu. Dahla tabung tu penuh dan berat...

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test