Berapa Kali Kena Bersenam Untuk Kurus?


Menurut seorang jurulatih profesional dan pengarang buku Total Body Transformation, Michelle Bridge, jumlah masa yang diperuntukkan untuk bersenam dapat membantu proses menurunkan berat badan.


 Katanya lagi, nombor ajaib untuk bersenam adalah enam kali seminggu, dalam tempoh masa 50-60 minit setiap kali. Untuk memulakan rutin ini agak payah, tapi jika diamalkan secara konsisten, ia akan menjadi satu tabiat.
 
Contoh workout 6 kali seminggu.

Menurut Michelle lagi, apabila sudah terbiasa melakukan senaman, seseorang itu tidak akan berfikir dua kali untuk bersenam setiap hari. Bagi mengurangkan keletihan otot-otot badan, Michelle mencadangkan anda membuat kumpulan senaman yang berbeza:-

3 hari untuk senaman berat seperti latihan interval, diikuti 2 hari selepas itu dengan senaman yang sederhana. Hari terakhiri (1 hari), rehatkan tubuh anda dengan senaman yang ringan. 

Kata Michelle, tidak perlu bersenam bagaikan atlet Olimpik, cukup sekadar melatih diri untuk menjadikan senaman satu tabiat

Michelle turut memberitahu jika anda terlepas 2 hari senaman pun tidak mengapa, kerana ia sudah menjadi latihan konsisten dibandingkan jika anda hanya bersenam tiga kali seminggu.

Tip paling mudah, carilah senaman terbaik yang paling sesuai dengan tubuh anda dan paling penting anda juga sukakannya. Selamat bersenam!



sumber : Oleh:Emy Haznida, Rapi

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test