10 Tip Memperkenalkan Botol Susu Kepada Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh/Taska


Bercerita tentang mengajar anak menggunakan botol susu sebelum kembali bekerja, ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi ibu dan ayah. Perlu sabar dan tidak mudah putus asa adalah kunci kejayaan.

Pengalaman mengenalkan botol susu kepada anak sulung bermula 2 minggu sebelum kembali bekerja membuatkan saya terfikir, ia bukannya usaha ibu sahaja tapi kerjasama dari bapa atau pengasuh. 

 Menurut kajian pakar laktasi di Amerika Syarikat, masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan botol pertama kepada bayi adalah ketika dia berumur antara empat hingga enam minggu. Ini dapat memastikan penghasilan susu anda sudahpun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. Menunggu terlalu lama sebelum memperkenalkan botol pertama kepada bayi boleh menyebabkan dia lebih gemar menyusu menerusi payu dara dan berkemungkinan menolak botol sama sekali.

Tips Memperkenalkan botol susu kepada anak :

1. Sebelum memulakan mengajar anak menggunakan botol susu . pastikan penghasilan susu anda sudahpun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. 

2. Gunakan puting jenis silikon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka pada rasa atau baunya. Sekarang ini banyak jenis puting botol susu yang menyerupai puting ibu . Contoh botol susu yang agak popular di kalangan ibu yang menyusukan anak adalah :












3. Seelok-eloknya alirkan air suam pada puting sebelum memberikannya kepada bayi. 

4.  Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

5. Anda digalakkan untuk banyak bergerak apabila memberikan botol kepada bayi. Ini dapat mengalihkan perhatiannya. 

6. Posisi yang disyorkan apabila anda cuba untuk memberikannya botol adalah menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada anda dan bukan posisi cradle yang biasa. 

7. Anda tidak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulutnya, sebaliknya membiarkannya menarik puting itu sendiri ke dalam mulutnya.

8. Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar. Contohnya ketika baru bangun tidur atau hendak tidur. 

9. Sekiranya bayi tidak mahu menyusu botol, minta bantuan suami atau ahli keluarga lain untuk memberikan susu botol kepadanya. Ini adalah kerana bayi sudah terbiasa dengan bau ibunya. Baby ni, ibu die baru masuk pintu rumah je, die dah merengek menangis dah sebab bau badan ibu dia.

10. Alternatif kepada botol susu

Sesetengah bayi memang tidak gemar dengan botol susu. Ada pula jenis bayi yang cenderung mengalami nipple confusion jika dikenalkan kepada botol susu. Nipple confusion akan membuatkan bayi menolak untuk direct feeding dengan ibu. Sebagai alternatif, ibu boleh perkenalkan:


  • Cup feeding (beri susu menggunakan cawan kecil)
  • Spoon feeding (beri susu menggunakan sudu, atau ada dijual botol bersudu. Sudu menggantikan puting)

  • Syringe feeding (beri susu menggunakan picagari)




Untuk memastikan bahawa bayi anda tidak lupa dan dapat terus menerima botol anda dinasihatkan untuk memberikannya botol sekurang-kurangnya satu atau dua kali dalam seminggu. Contohnya, jika anda sedang bercuti panjang. Tapi ada juga anak yang tiada masalah bertukar botol apabila lama tidak menggunakan botol, hanya direct feeding sahaja dari ibunya. Itu semua rezeki masing-masing. Kita sebagai ibu kena baca "pattern" anak kita dan belajar bagaimana untuk mengatasinya . Anak saya dulu, bila cuti 3 hari panjang pun agak cranky bila hantar ke pengasuh sebab tak mahu menggunakan botol susu untuk menyusu susu EBM. Tapi, anak kecil jika mereka lapar, lambat laun mereka akan minum juga. 

Wallahua'lam.


sumber :
1. http://www.adiri.com/products/adiri-nxgen-nurser.html
2. http://thefirstyears.com/search/all/breastflow
3. http://www.playtexbaby.com/
4. http://yoomi.com/
5. http://www.medelabreastfeedingus.com/products/594/calma
6. http://www.ibuzarith.com/2015/05/8-tips-melatih-baby-minum-susu-botol-sebelum-kembali-bekerja.html

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

1 comment:

  1. Susah sebenarnya nak ajar baby ni susu badan. Tapi berkat kesabaran pasti ada hasilnya. Ibu ibu jangan cepat melatah.

    ReplyDelete

test