Menu Pesakit Diabetes


Wow! bila lihat kadar kes diabetes semakin meningkat di Malaysia, rasa terpanggil pula nak simpan dan catat tentang menu pesakit DIABETES. Saya akan simpan menu ini untuk semakan di hari-hari akan datang. Insya Allah untuk dikongsi bersama orang lain juga..


MENU UNTUK PESAKIT DIABETES

Masa pemakanan

    1.    Jam 7 pagisarapan
    2.    Jam 10 pagi – minum pagi
    3.    Jam 1 tghari – makan tengahari
    4.    Jam 4 ptg – minum petang
    5.    Jam 7 mlm – makan malam
    6.    Jam 10 mlm – minum malam


  •  Air kosong hendaklah sentiasa di minum di antara waktu waktu makan (lagi banyak lagi bagus).



  • Bacaan glucose sebelah pagi perlu diambil sebelum pesakit di insulin.



  • Insulin perlu dilakukan setengah jam sebelum sarapan (pagi).



  • Bacaan glucose perlu diambil 2 jam setelah makan tengahari dan makan malam.



Menu sarapan - Contohnya :

1. Segelas susu, segelas air suam, dua keeping roti di sapu mentega (mentega 0% lemak n 0% cholesterol).

2. Secawan milo kosong, segelas air suam, satu set sandwich telur (telur rebus, di lenyek putih telur sahaja dan di sapu pada roti – utk perasa campurkan sedikit lada sulah, mentega tanpa lemak dan kolestrol).

3. Segelas susu bersama cornflakes (satu mangkuk kecil) dan segelas air suam.

4. Segelas susu, 2keping roti bakar di sapu jem tanpa gula (untuk diabetes) , segelas air suam.

5. Secawan milo kosong, segelas air suam, dua keeping roti bakar dengan keju tanpa lemak.

6. Segelas susu bersama 2 sudu besar bijirin oats dan segelas air suam.

7. Secawan milo kosong, sekeping pancake dengan mentega tanpa lemak dan tanpa kolestrol, segelas air suam.

8. Segelas susu, sekeping donat tanpa gula (donat yg di bakar lebih baik dari di goreng) segelas air suam

NOTAKAKI:
i) Karipap dan pau juga boleh dijadikan sebagai sarapan, tetapi intinya hendaklah di buang separuh (hanya sekeping sahaja).

ii) Thosai dan roti canai juga boleh dijadikan sarapan, tetapi pesakit diabetes hanya boleh makan separuh sahaja (hanya boleh dimakan seminggu sekali sahaja).

iii) Milo boleh ditambah gula dengan gula equal (satu sahaja utk satu gelas)


Menu makan pagi (10 pagi) - Contohnya :

1. 3 keping biskut Jacob hi fibre + segelas susu + segelas air kosong.
2. Strawberri/apa jenis buah "berries" kerana kandungan karbohidratnya rendah.


Menu makan tengahari dan malam

1.    Nasi beras perang semangkuk kecil + sup sayur + separuh ikan bakar (jika besar, jika ikan panjangnya seperti tapak tangan boleh diambil seekor. Cth: ikan kembung, ikan selar, ikan cencaru) + suku biji epal merah + segelas air suam.

2.    Mee hoon semangkuk kecil + sup ayam (ayam sebesar separuh tapak tangan – seketul sahaja) + setengah biji pear hijau + segelas air suam.

3.    Nasi beras perang semangkuk kecil + singgang ikan tenggiri (saiz potongan ikan hendaklah setengah tapak tangan pada setiap hidangan) + sayur goreng (sawi / kalian / peria / broccoli etc) + suku biji buah lai + segelas air kosong.

4.    Chapatti 2 keping + kari daging + sayur goreng + suku biji buah epal merah + segelas air suam.

5.    Nasi beras perang semangkuk kecil + sup ikan merah (sepotong bersaiz sebesar separuh tapak tangan) + sayur goreng + setengah biji belimbing + segelas air suam.

6.    Pasta oglio alio semangkuk kecil (digoreng menggunakan minyak zaitun, bersama broccoli, celery, potongan daging ataupun menggunakan daging cincang dan lada hitam) + setengah biji pear hijau + segelas air suam.

7.    Nasi beras perang semangkuk kecil+ sup tomyam (lebihkan sayur) + suku biji buah lai + segelas air suam.

8.    Nasi beras perang semangkuk kecil + ikan bawal putih (sebesar tapak tangan – seekor utk satu hidangan) di kukus bersama sayur (lebihkan sayur) + suku biji epal merah + segelas air suam.

NOTAKAKI:

i) Nasi Ayam hanya boleh dimakan sebulan sekali, (setiap hidangan ayam harus sebesar separuh tapak tangan), lebihkan sayuran, nasi ayam diambil dengan sukatan semangkuk kecil, bersama buah buahan serta segelas air suam .

ii) Nasi Lemak hanya boleh dimakan sebulan sekali, (setiap hidangan hanya boleh diambil putih telur sahaja), lebihkan sayuran, nasi lemak diambil dengan sukatan semangkuk kecil, bersama buah buahan serta segelas air suam ..

iii) Sekiranya waktu makan tengahari pesakit diabetes mengambil nasi ayam atau nasi lemak, waktu makan malam hanya boleh ambil chapatti atau pasta.

iv) Sukatan mangkuk kecil bersamaan dengan satu cawan (tea cup)



Menu minum petang - Contohnya :

3 keping biskut Jacob hi fibre + segelas susu / milo kosong + segelas air suam.
* biskut boleh diganti dengan dua keping biskut oat


Minum malam (diambil setelah suntikan insulin)
- Contohnya :


2 keping biskut Jacob hi fibre + segelas susu

Selain daripada menu di atas, antara diet sedang popular di kalangan pesakit diabetes adalah DIET ATKINS! 


Boleh rujuk di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang diet atkins.

Antara testimoni VIVIX SHAKLEE yang telah berjaya!



Bagi yang memerlukan VIVIX dan mahukan kesihatan optimum , boleh dapatkan VIVIX dari saya,
Lydia ( 013-2999408 )

Anda juga boleh mendaftar menjadi ahli SHAKLEE dengan pembelian 2 botol VIVIX secara PERCUMA!

BUY 2, LESS 5%
BUY 6, FREE 1 BOTTLE.

CERGAS!!!
Bantulah Insan Yang TERSAYANG!

sumber : 
1. http://ourlovenlife.blogspot.my/2013/11/salam_12.html
2. http://www.pendapatanda.com/2012/07/15-makanan-power-khas-buat-pesakit.html
3. http://adaa-inspiration.com/2013/11/13/testimonial-vivix-diabetes/
4. http://superbvitamin.blogspot.my/2014/05/vivix-shaklee-membantu-merawat-diabetes.html

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test