Sebaik sahaja bayi dilahirkan, anda akan melalui fasa pemulihan diri atau dikenali sebagai berpantang. Bagi yang baru bergelar ibu, ia adalah waktu untuk anda menimba ilmu dari pengalaman.
10 Asas Berpantang:
Sesungguhnya banyak perkara yang anda perlu ketahui semasa berpantang. Ia penting sebagai kayu pengukur untuk anda kembali sihat, menawan dan bertenaga selepas bersalin.
1. Bersalin secara pembedahan dan normal ada pro dan kontra. Hakikatnya proses pemulian bersalin secara pembedahan menambil masa lebih lama jika dibandingkan dengan bersalin normal. Malah bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutamanya di bahagian yang dibedah.
2. Berapa lama tempoh berpantang?
Kebiasaannya pantang perlu dilakukan dalam tempoh 44 hari bagi masyarakat Melayu. Namun, ada juga yang berpantang sehingga 100 hari. Ia bergantung kepada pilihan masing-masing. Tempoh ini adalah masa untuk anda melakukan pemulihan diri agar badan kembali segar.
3. Walaupun hidup dengan gaya moden, jangan culas untuk melakukan beberapa amalan pantang. Ia dilakukan secara tradisional sejak nenek moyang dahulu lagi. Ia termasuklah berurut, mandi air rebusan herba, bertungku, bertangas, berbengkung dan memakai pilis & param. Biasanya amalan ini dilakukan dengan bantuan ahli keluarga. Bagi anda yang mempunyai bajet lebih, boleh dapatkan pusat khidmat selepas bersalin yang dilakukan oleh tenaga kerja yang terlatih dalam bidang ini.
4.
5. Sesungguhnya ada beberapa makanan yang tidak dibenarkan dijamah semasa berpantang kerana ia dikatakan berbisa, gatal dan berangin. Namun, pastikan pengambilan makanan adalah seimbang bagi penyembuhan luka luar dan dalam.
6. Jamu tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu bersalin secara pembedahan. Namun, anda boleh mula makan jamu selepas sebulan melahirkan. Apa-apa pun, segera berhenti mengambil jamu sekiranya terdapat perubahan negatif pada diri anda. Dapatkan nasihat doktor jika tahap kesihatan anda semakin merosot.
7. Lakukan senaman semasa berpantang. Hanya anggota badan perlu digerakkan secara perlahan-lahan bagi menggalakkan peredaran darah. Dengan ini proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dan lancar.
8. Hanya beberapa saat atau minit sahaja! Lakukan senaman kegel atau kemutan sama ada sambil baring atau duduk. Ia amat digalakkan kerana selepas bersalin, otot faraj akan menjadi lemah. Senaman ini akan membantu untuk menguatkan kembali otot tersebut termasuk lantai pelvik dan mengurangkan risiko rahim jatuh.
9. Segera susukan bayi anda selepas bersalin. Susukan bayi atau letakkan bayi anda pada dada anda selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bayi mengecam bau tubuh badan anda dan menggalakkan penyusuan susu ibu.
10.
5 Masalah Semasa Berpantang
1. Jika berlaku koyakan pada luka episotomi, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan berlarutan sehingga 3 minggu terutama semasa berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.
2. Apabila perut berasa seperti mengalami kontraksi atau senggugut, ia dikenali sebagai sakit RENGAT. Ia terjadi pada rahim sebaik melahirkan. Namun jangan risau kerana ia terjadi kerana raim mengecut dengan kuat. Kecutan itu menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah.
3. Sembelit adalah masalah biasa yang di alami oleh segelintir para ibu. Ia terjadi akibat perasaan fobia kerana takut luka episotomi terbuka semasa membuang air besar ataupun sakit yang dialami disebabkan buasir. Untuk mengelakkan najis menjadi keras, amalan memakan sayur dan makanan berserat tinggi semasa pantang dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah digalakkan.
4. Selepas melahirkan, payudara akan dipenuhi susu dan ia mulai sakit, rasa berat dan bengkak. Namun ia perkara biasa. Rasa tidak selesa pada payudara selalunya berakhir setelah bayi mula pandai menghisap susu ibu. Sekiranya masih bengkak, cuba gunakan pam susu ibu untuk mengeluarkan susu yang masih berbaki.
5. Sebaik sahaja melahirkan, fizikal masih kelihatan bulat, tidak rambing dan menggeleber. Sesetengahnya masih kelihatan seperti masih HAMIL. Jangan risau, ia mengambil masa untuk kembali kepada bentuk asal. Sekiranya anda menyusukan anak secara eksklusif, berat badan anda akan berkurangan dengan kadar yang lebih CEPAT!
1.
No comments:
Post a Comment