Limfoma adalah sejenis kanser berkaitan dengan sejenis sel, iaitu limfosit yang terlibat dengan sistem imunisasi manusia. Sebagaimana jenis kanser yang lain, Limfoma terbahagi kepada jenis-jenis tertentu, hampir 35 jenis telah dikenal pasti, bergantung kepada jenis sel yang terlibat.
TAKRIFAN
- Sistem limfa dalam badan manusia adalah terdiri daripa sel-sel limfosit yang melalui jaringan saluran limfa ke seluruh badan, juga kelenjar limfa.
- Bendalir limfa akan membawa virus dan bakteria yang masuk kedalam badan, dan seterusnya kan ditapis di kelenjar limfa sebagai cara badan manusia bertindak balas terhadap jangkitan kuman. Ini menyebabkan kelenjar limfa membengkak dan sakit.
- Sel-sel limfosit pula terbahagi kepada dua, iaitu B dan T limfosit yang masing-masing berperanan mengeluarkan antibodi dan mengakibatkan tindak balas badan menghadapi serangan kuman.
- Kanser berlaku apabila sel-sel ini mengalami perubahan tingkahlaku di mana ia tumbuh dan berkembang dengan tidak terkawal. Perubahan ini dinamakan malignant transformation, di mana ia menyebabkan pengumpulan sel yang luar biasa, kelenjar limfa, dan seterusnya merebak ke organ sekeliling dan juga tisu otak, usus, tulang, paru-paru dan sum-sum tulang.
- Ini menyebabkan fungsi organ-organ penting terganggu dan kemerosotan tahap kesihatan pesakit, dan akhirnya boleh membawa maut jika tidak dirawat dari awal.
HODGKIN DAN NON HODGKIN
- Kedua-dua jenis menunjukkan simptom penyakit yang serupa, dan pembengkakan boleh berlaku di mana-mana kelenjar limfa.
- Perbezaan diagnosis adalah penting, kerana jenis rawatan dan prognosis penyakit adalah berlainan.
- Ini dilakukan dengan penelitian dan ujian-ujian tertentu kepada sel-sel kanser, dan diagnosis penyakit boleh memakan masa yang lama, kerana sesetengah jenis limfoma adalah sukar dikenalpasti dan memerlukan kepakaran dalam bidang patologi, molekular dan genetik.
FAKTOR RISIKO:
1) Faktor Umur - Kanser limfoma meningkat dengan peningkatan umur seseorang. Dikatakan dalam golongan muda berumur 20 hingga 24 tahun, insiden limfoma adalah 2.4 kes dalam 100,000 , tetapi meningkat kepada 46 kes dalam 100,000 dalam golongan dewasa yang berumur 60 hingga 64 tahun.
2) Jangkitan kuman bakteria dan virus seperti HIV, EBV, Helicobacter Pylori, Hepatitis B dan C.
3) Penyakit yang merendahkan sistem imunisasi badan seperti : Penyakit Autoimmun, penggunaan ubat immunosuppresiive selepas pemindahan organ, penyakit keturunan seperti Ataxia Telangectasia.
4) Pendedahan kepada bahan toksik seperti : Racun serangga, racun rumpai dan benzene.
5) Genetik atau keturunan kanser.
TANDA-TANDA
PEMERIKSAAN.
a)
b)
i- ini adalah prosedur pengambilan sampel tisu yang melibatkan pembedahan kecil untuk mengambil tisu yang berkenaan untuk membolehkan pemeriksaan lanjutan dijalankan di makmal. Kadangkala, ujian biopsi perlu dibuat beberapa kali kerasa tisu yang diambil terlampau sedikit dan tidak dapat dianalisa. Biopsi boleh dilakukan di wad harian sekiranya saiz ketumbuhan adalah kecil, tetapi sekiranya saiz ketumbuhan adalah besar, prosedur tertentu seperti endoskopi dan pembedahan akan dijalankan.
c) CT
Ujian pengimbasan ini penting untuk mendapatkan maklumat mengenai jumlah kelenjar yang terlibat dan juga saiz ketumbuhan, dan boleh menentukan tahap kanser dan membantu dalam proses rawatan dan prognosis.
d) Pemeriksaan sum sum tulang.
Ujian ini juga perlu dibuat sebagai penentuan tahap kanser. Prosedur ini melibatkan pengambilan sampel sum sum tlang yang dibuat menggunakan bius setempat atau ubat sedatif. Sekiranya sum sum tulang terlibat, ini menandakan kanser adalah tahap 4.
TAHAP LIMFOMA
Penglibatan kawasan nod limfa tunggal atau extralymphatic tunggal (IE)
Penglibatan dua tau lebih kawasan nod limfa di bahagian yang sama diafragma; mungkin termasuk extralymphatic setempat.
Penglibatan kawasan nod limfa di kedua-dua diafragma; mungkin termasuk limpa (llls) atau setempat.
Penyerapan penyakit ectralymphatic (contohnya di dalam hati, sum sum tulang, paru-paru , kulit )
RAWATAN
Pembedahan - Terhad kepada jenis limfoma non Hodgkin's lymphoma tahap 1, iaitu organ selain dari kelenjar limfa seperti limfoma perut, tiroid dan limpa (spleen)
RADIASI:
- Melibatkan dos radiasi yang tinggi, dan boleh membunuh sel-sel kanser
- Digunakan untuk jenis limfoma tahap 1 atau 2, sekiranya kanser tahap 3 atau 4 , rawatan ini digabungkan bersama kemoterapi.
- Radiasi seluruh badan akan diberikan kepada pesakit yang menjalani rawatan pemindahan sum sum tulang (Bone Marrow Transplant) bertujuan untuk membunuh semua sel kanser di seluruh badan.
- Juga diberikan sebagai paliatif (rawatan untuk melegakan simtom) kepada pesakit kanser tahap akhir, dan juga sebagai cara untuk menghilangkan kesakitan, contohnya rasiadi pada sistem saraf tunjang dan pada bahagian otak yang terlibat.
7 Amalan terbaik untuk kekal bertenaga.
1) Sarapan pagi
2) Bersenam
3) Kerap makan yang sedikit
4) Makanan tambahan /supplemen
5) Makanan tinggi tenaga
6) Minum Air
7) Ambil minuman jus .
No comments:
Post a Comment