Ketahui tentang puting normal dan bermasalah di dalam penyusuan


Pada umumnya, setiap ibu mampu menyusukan bayi. Masalah puting tenggelam atau leper bukanlah penghalang untuk ibu meneruskan penyusuan. Cuma ia mungkin sedikit mencabar. Perlu diingat, apabila menyusu, bayi melekap pada areola dan bukan pada puting semata-mata.

 Jika bayi berjaya melekap dengan betul dan mengambil sebahagian areola, puting tenggelam atau leper bukan alasan untuk tidak meneruskan penyusuan. Pada awalnya mungkin anga mengalami sedikit masalah untuk melekapkan bayi tetapi berbekalkan semangat, kesungguhan, kesabaran dan teknik yang betul anda pasti berjaya!

Perbezaan Puting Tenggelam & Leper.

Sebenarnya terdapat perbezaan antara puting tenggelam dan puting leper. Ibu hamil boleh memastikan sama ada mempunyai puting tenggelam atau leper dengan melakukan pinch test iaitu memicit areola.

- Jika puting tidak timbul atau tegang, ia dianggap sebagai leper atau rata.
- Jika puting berkeadaan songsang , masuk ke dalam tisu kulit atau melekuk, ia dianggap tenggelam.
- Puting tenggelam atau leper yang serius tidak akan tegang apabila dirangsang.

Apakah Nipple Shield?
Nipple Shield adalah alat yang hanya boleh digunakan sebagai alternatif terakhir jika bayi tidak pandai menyusu. Ia digunakan untuk sementara waktu kerana penggunaan secara berterusan, untuk jangka masa panjang akan memudaratkan penghasilan susu.

Nipple shield adalah puting fleksible yang dihasilkan daripada silikon yang ditempatkan di atas puting sepanjang sesi penyusuan. Ia dilakukan agar bayi dapat melekap dengan baik. Bagi mengelakkan bayi keliru, ia sepatutnya dialihkan setelah bayi mula melekap dan menyusu dengan baik. Tempoh masa penggunaannya juga perlu dikurangkan.

Masalah yang mungkin berlaku akibat penggunaan nipple shield adalah kekurangan penghasilan susu dan masalah pemindahan susu kepada bayi. Atas kemungkinan risiko ini, anda digalakkan hanya menggunakan nipple shield di bawah pengawasan pakar laktasi atau kaunselor laktasi. Perlu diingatkan juga walaupun terdapat risiko dalam penggunaan nipple shield, ia lebih baik daripada langsung tidak menyusukan bayi!

Cara memasang Nipple Shield:


1. Saiz Nipple Shield
Pilih ikut saiz puting anda. Caranya adalah dengan meletakkan nipple shield di atas puting anda dan pastikan ianya menutupi seluruh puting dengan nipple shield. Dan mengikut keselesaan ibu. 


 2. Titiskan Susu Ibu 
Untuk memastikan nipple shield berfungsi dengan baik, titiskan susu ibu di dalam nipple shield untuk memastikan air susu boleh keluar melalu nipple shield.


 3. Kelepetkan separuh nipple shield dan cuba letakkan di atas puting. Pastikan nipple shield melekap kemas. Nipple shield yang normal biasanya membolehkan hidung, dagu dan muka anak boleh bersentuhan dengan payudara ibu.


3. Posisi Menyusu.
Pastikan posisi menyusu adalah betul dan kedua-dua anak dan ibu selesa. Penyusuan dengan menggunakan nipple shield memakan masa lebih lama berbanding menyusukan bayi secara normal.


4. Penjagaan.
Untuk penjagaan nipple shield, streril atau rebus nipple shield dan biarkan di dalam rendaman air sabun. Pastikan sabun yang sesuai untuk basuh botol susu.


Contoh nipple shield brand Tommee Tippee.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test