Kontraksi Hendak Bersalin Atau Braxton Hicks?


Ada yang mengatakan  kontraksi bersalin adalah seakan-akan senggugut. Kontraksi bersalin adalah keadaan di mana otot rahim menguncup  dan meregang. Ia digambarkan seperti rasa memulas yang bermula daripada bahagian belakang dan membawa ke bahagian hadapan abdomen. Ada juga yang mengatakan kontraksi bersalin adalah seperti tekanan pada bahagian belakang.

Semasa kontraksibahagian abdomen mengeras. Kontraksi membantu kelahiran dengan melembutkan bahagian atas rahim (fundus) untuk menguncup dan menebal manakala bahagian bawahnya meregang dan relaks. Keadaan ini membantu bayi meluncur dari dalam rahim ke laluan serviks untuk dilahirkan.

Sebagai ibu kali pertama atau pertama kali bersalin secara normal, kontraksi sukar dibezakan dengan perkiraan kasar. Maka, langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengenal pasti kontraksi yang dirasakan. Antara langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut.

JANGKA MASA:
Anda boleh membezakan antara kontraksi hendak bersalin dan Braxton Hicks dengan cara mengira sela masa antara kontraksi pertama dan kontraksi kedua. Sekiranya ia menunjukkan bacaan masa yang berbeza dan tidak teratur, maka ia adalah kontraksi Braxton Hicks. Kontraksi sebenar akan berlaku dalam jarak masa 5 minit dengan kontraksi berikutnya. Ia berlaku teratur dan setiap kontraksi berlangsung selama kira-kira 60 saat.


CATATAN:
Catat masa dan tempoh kontraksi berlangsung pada sekeping kertas untuk membolehkan andaa mengenal sama ada kontraksi palsu atau sebenar. Contoh kontraksi bersalin adalah seperti berikut :


5 MINIT ATAU KURANG:
Sekiranya kontraksi seperti di atas iaitu berlaku pada sela masa 5 minit sekali atau kurang, maka anda sedang berada dalam fasa kelahiran aktif. 

Jangan berlengah. Sila ke hospital dalam kadar segera kerana ia kontraksi bersalin yang sebenar sudah berlaku! Yeay!

10 Fakta Mengenai Braxton Hicks

1- Braxton Hicks adalah kontraksi yang tidak teratur, lemah dan tidak dijangka.

2- Sekiranya posisi atau kedudukan menghentikan kontraksi yang sedang dialami, maka ia adalah Braxton Hicks.

3- Braxton Hicks tidak menyebabkan berlakunya sebarang pendarahan atau kantung air ketuban pecah.

4- Ia adalah kontraksi rahim yang berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Ia adalah normal bagi setiap ibu yang hamil. Malah ada yang mendapat kontraksi palsu ini pada trimester kedua lagi.

5- Keadaan ini merupakan persediaan rahim untuk melalui fasa melahirkan kelak.

6- Semakin kerap dan tegangnya Braxton Hicks yang dirasakan, maka semakin hampir dengan kelahiran. Dengan cara ini mama boleh mengagak masa bersalin dan membuat persediaan mental dan material.

7. Kebanyakan wanita melaporkan bahawa Braxton Hicks akan berlaku kerap sekiranya tidak meminum air yang cukup.

8- Bagi anak kedua dan seterusnya, Braxton Hicks akan mula dirasai lebih awal.

9- Pergerakan anda yang aktif juga boleh mencetuskan Braxton Hicks.

10- Hubungan intim khususnya orgasm juga dikatakan penyebab berlakunya kontraksi palsu ini.


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test