Bolehkah Wanita Hamil Turun Naik Tangga?



Pernah diajukan beberapa soalan tentang "Bolehkah wanita hamil menaiki tangga?". Ikut logiknya, ramai sahaja ibu-ibu hamil turun naik tangga . Belum pernah ada masalah kritikal pun jika ibu mengandung turun naik tangga. Malah, jika difikirkan, bagaimana dengan guru wanita hamil yang kelasnya di tingkat 4? Hari-hari harus harungi turun naik tangga.

Sebenarnya selamatkah aktiviti turun naik tangga untuk ibu hamil?

Aktiviti turun naik tangga sebenarnya selamat untuk ibu hamil asalkan anda jaga langkah anda. Perkara yang paling ditakti oleh ibu hamil ketika turun naik tangga adalah takut jika tersadung atau terjatuh dari tangga ketika sedang turun atau menaiki tangga.

Kadang-kadang terjatuh tangga ketika kandungan berusia sebulan pun boleh menjadi punca keguguran dan ia juga juga boleh punca kelahiran pramatang jika terjatuh dari tangga di akhir kehamilan. (Minta dijauhkan..). Biasanya di awal kehamilan, wanita hamil kadang-kadang hilang keseimbangan ketika turun naik tangga.

Bila sebenarnya wanita hamil harus elakkan dari menaiki tangga?

Apabila doktor anda menasihatkan anda supaya tidak menaiki tangga, jadi janganlah ngada-ngada nak berlari turun naik tangga seolah-olah andalah ibu paling hebat dan fit. Walaubagaimanapun, jika ada ibu hamil mengalami situasi seperti di bawah ini, elakkanlah untuk menaiki tangga. Carilah alternatif lain:

1) Mempunyai tekanan darah rendah atau tinggi
2) Apabila anda selalu mengalami pening kepala dan sering pitam atau pengsan.
3) Apabila anda hamil di usia lebih dari 35 tahun.
4) Mengalami diabetes atau autoimmune
5) Pernah mengalami sejarah keguguran .

Nota penting ketika menaiki tangga untuk ibu hamil:
Apabila anda memasuki fasa kedua dan ketiga kehamilan, anda harus lebih berhati-hati untuk elakkan dari tergelincir, tersadung terutamanya apabila menaiki atau turun dari tangga kerana keseimbangan badan anda bukanlah seperti anda tidak hamil.

Beberapa tip yang boleh diikuti untuk turun naik tangga ketika hamil:
1) Pegang "handrails" atau tembok tangga ketika turun atau naik tangga.
2) Jika bawa barang, pastikan sebelah lagi tangan anda boleh memegang tembok tangga supaya anda tidak hilang imbangan ketika turun atau naik tangga.
3) Elakkan turun naik tangga di dalam gelap.
4) Jangan lupa hidupkan suis lampu ketika turun atau naik tangga.
5) Tidak perlulah berlari ketika menaiki tangga. Jangan lupa, anda hamil! Tunggulah lepas habis pantang baru boleh mula mendaki ya=D
6) Jika anda tergelincir atau jatuh terduduk ketika turun atau naik tangga dan tidak yakin dengan tahap kesihatan anda, sila hubungi doktor anda dengan segera.

sumber gambar:tipsmom.com

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test