Semua wanita yang bergerlar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi. Ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik untuk yang tersayang. Susu ibu dicipta oleh Allah S.W.T sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu. Kebiasaannya, ramai ibu terutama pertama kali melahirkan anak seakan-akan hilang arah dan tiada panduan penyusuan sejurus selepas melahirkan bayi. Ada juga golongan yang bersungguh mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi keliru apa yang sepatutnya dilakukan dek kurang sokongan dan ilmu penyusuan. Saya benar-benar tidak mahu perkara begini berlaku akhirnya membuat ibu dengan mudah percaya yang tiada susu dan tidak mampu menyusukan anak.
1)
Ramai bu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan dihasilkan dengan banyak sejurus selepas melahirkan.
Jika bersungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak. Persediaan awal ini adalah mencari maklumat sebelum kelahiran anak. Persediaan awal ini adalah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu mula terhasil dan sedia ada di dalam payudara.
2)
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu , badan menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan iaitu pada fasa memogenesis ( sekitar minggu ketujuh atau kelapan kehamilan ).
Seterusnya apabila kandungan masuk trimester kedua sekitar 16-24 minggu proses penghasilan susu untuk menghasilkan kolostrum ( laktogenesis 1) bermula. Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara telah menghasilkan susu! Hebat sekali ciptaan Allah kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu. Pada waktu ini, ada bayi yang dilahirkan pramatang. Walaupun bersalin awal, ibu tetap mampu menyusukan anak. Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperoleh oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi (imunoglobulin). Selain itu, terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
3) Susu tiada selepas bersalin?
JAWAPANNYA TIDAK BENAR! Setiap ibu melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga dilahirkan.
Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu anda perlu :
1- Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku.
2- Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat KECIL.
3- Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi.
4- Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam.
5- Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyaak susu bakal terhasil.
6- Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama 6 jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya.
7- Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya.
4)
Pelekapan betul membantu melancarkan aliran susu ibu serta penghasilannya. Hal ini perlu diberi penekanan dalam penyusuan di peringkat awal kelahiran. Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesaranya dan mengelakkan payudara mudah melecet atau luka.
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran. Ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan. Apabila puting mula melecet atau merekah, emosi anda tentunya mudah terganggu dan menyebabkan penyusuan menjadi tidak lancar. Sebaiknya belajar teknik pelekapan dan posisi terbaik sejak dari awal agar penyusuan dapat berjalan lancar dan menyeronokkan.
Pelekapan yang betul bukan hanya membantu anak mendapat susu yang cukup, ia juga memastikan susu anda menghasilkan bekalan susu mencukupi. Bagi mengelak masalah puting merekah, sebaiknya anda menyapu susu ibu setiap kali selesai sesi penyusuan. susu ibu mengandungi vitamin dan ciri-ciri anti mikrob yang membantu memulihkan rekahan dan mengelakkannya berulang. Bantuan dan sokongan moral daripada suami dan keluarga amat diperlukan pada saat menyakitkan ini.
Pelekapan yang terbaik adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bersentuh dengan payudara, hidung tidak tertutup oleh payudara, bibir atas dan bawah melekap keluar. Bayi melekap di kawasan areola bukan bergantung pada puting semaata-mata. Bagi memastikan penyusuan berjaya, anda perlu merapatkan bayi secara mengiring dan rapat pada tubuh. Pastikan perut anda dan bayi bertemu. Lengan anda mengampu belakang dan punggung bayi dalam keadaan yang selesa.
No comments:
Post a Comment