Tahukah anda sebenarnya ada beza antara morning sickness & hyperemesis gravidarum.
Morning Sickness
- Loya dan sesekali muntah
- Loya dan pening beransur berakhir pada minggu ke-12
Loya dan muntah yang tidak menyebabkan dehidrasi.
Hyperemesis gravidarum
- Loya dan muntah terlalu kerap.
- Loya dan pening tidak beransur baik walau sudah masuk minggu ke-12.
- Muntah hingga menyebabkan dehidrasi pada badan.
- Muntah yang terlalu teruk boleh menyebabkan tiada makanan boleh disimpan dalam badan.
Tanda dan simptom hyperemesis gravidarum:
Muntah yang sangat teruk.- Alah pada bau makanan
- Berat berkurang sebanyak 5% dari berat sebelum hamil. Contohnya jika berat sebelum hamil 55Kg, maka berat apabila mengalami HG adalah 52-53Kg.
Kurang buang air kecil- Dehidrasi
- Pening Kepala
Selalu keliru - Jaundice
- Tekanan darah rendah ( boleh gelap mata/pitam )
degupan jantung yanglaju hilang keelastikan kulit .
Apakah rawatan bagi ibu hamil yang mengalami HG?
Ada kes HG yang teruk akan di rawat di hospital. Rawatan di hospital termasuklah :
1. Intravenous Fluids ( IV ) - Untuk membekalkan air, elektrolits , vitamin dan nutrien kepada ibu hamil.
2. Tube Feeding -
Nasogastric - Untuk membekalkan nutrient menggunakan tiub melalui hidung dan perut.
Percutaneous endoscopic gastronomy- Untuk membekalkan nutrient menggunakan tiub melalui abdomen dan terus ke perut . Biasanya memerlukan prosedur pembedahan.
3. Medications - Hanya di beri ubat dari doktor yang bertauliah. Antaranya adalah metoclopramide , antihistamines dan antireflux medications.
5. Herba - Halia atau peppermint.
6. Homeopathic - Ianya adalah sistem perubatan yang tidak bertoksisk .
7. Hipnosis .
Kajian menunjukkan ada kaitan antara ibu hamil yang mengalami HG dan kekurangan vitamin B6. Vitamin B6 mempunyai fungsi penting yang membolehkan badan menyimpan tenaga di dalam badan dari makanan yang kita makan. Ia juga membantu dalam penghasilan hemoglobin, iaitu substance/ bahan yang membawa oksigen di seluruh badan. Jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang semasa hamil, anda berkemungkinan besar akan dapat sumber vitamin B6 dari sumber makanan yang anda makan. Walaubagaimanapun, jika anda seorang ib uhamil yang sukar menjamah makanan ( mengalami HG ), ia mungkin susah untuk mendapatkan sumber vitamin B6.
Beras perang Roti wholemeal - ikan dan daging putih
bijriin sihat - kekacang
sayuran berdaun hijau.
Komplikasi HG ( Hyperemesis gravidarum )
Banyakkan minum air mineral/masak/ tingkatkan jumlah pengambilan fiber daripada sayur, buah dan wholegrains. Anda boleh cuba buah kering seperti prun waktu pagi.
Bibir merekah dan mulut sakit -
Banyakkan minum air dan fikirkan untuk mengambil supplemen yang sesuai untuk ibu mengandung.
Kunyah makanan perlahan-lahan, dan duduk tegak semasa makan. Makan makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Elakkan makanan yang berlemak dan pedas . Elakkan makan 2 jam sebelum masuk tidur.
Susah tidur -
Cuba minum susu suam sebelum masuk tidur.
Amalkan pemakanan yang seimbang. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil , iaitu selang 1-2 jam. Fikirkan masak-masak untuk mengambil multivitamin yang sesuai dengan ibu hamil.
1. Majalah Pama
No comments:
Post a Comment