Makanan Kaya Vitamin D



Makanan Kaya vitamin D sangat penting untuk badan manusia.  Ia membantu untuk penyerapan kalsium pada tubuh manusia. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan tulang menjadi lembut dan lemah serta membawa kepada kecacatan tulang, osteoperosis dan penyakit autoimun juga. Bagi memenuhi keperluan vitamin D selain daripada sumber asli yang boleh diperoleh daripada cahaya matahari , ada beberapa makanan yang dapat meningkatkan pengambilan vitamin D untuk anak-anak anda.

Dalam Kajian yang telah ditunjukkan oleh South-East Asia Nutrition Survey ( SEANUTS ) di Malaysia, mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak di negara ini kurang Vitamin D berdasarkan data yang dikumpulkan pada 2010 dan 2011. Tahap pengambilan  susu di kalangan kanak-kanak khususnya rakyat negara ini amnya adalah jauh lebih rendah.



Ikan
Salmon dan tuna merupakan ikan yang kaya dengan vitamin D. Ia juga kaya dengan omega-3 yang anda sedia maklum tentang kebaikannya untuk otak manusia. Ikan salmon dan tuna juga mempunyai 28 kali lebih banyak kandungan omega-3 berbanding ikan air tawar.




Minyak Ikan
Minyak ikan kaya dengan vitamin D dan merupakan sumber lemak yang rendah kolestrol. Kegunaannya bukanlah untuk menggoreng. Ia adalah supplemen yang boleh dimakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa juga.




Susu,Keju & Yogurt
Termasuk dalam kategori produk tenusu, keju dan yogurt juga kaya dengan vitamin D. Kanak-kanak tentu suka untuk makan makanan tersebut.



Telur
Ia merupakan bahan makanan yang mudah disimpan. Telur mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A,B,D dan D. Selain itu, telur turut kaya dengan mineral, zat besi dan folat yang penting untuk pertumbuham si kecil anda.




Bijirin
Bijirin sememangnya digemari oleh kanak-kanak. Ia menu sarapan yang mudah untuk dihidangkan bersama susu segar. Bijirin juga kaya dengan vitamin D. Sebelum membeli apa jua bijirin di pasar raya, jangan lupa untuk melihat label pada kotak tau!




Cendawan
Cendawan juga mengandungi vitamin D walaupun tidak banyak. Ia mampu memenuhi keperluan vitamin D harian anda sebanyak 4% sahaja. Namun jika anda ingin kadar vitamin D pada cendawan meningkat, jemur ia di bawah cahaya matahari selama 30 minit sehingga satu jam. Dengan menjemurnya di bawah sinar matahari, kandungan vitamin D dalam cendawan boleh meningkat sehingga 400%.




Udang
Selain kaya dengan protein dan baik untuk perkembangan otak kanak-kanak, udang turut mengandungi omega-3 yang tinggi tetapi memiliki kandungan lemak dan kalori yang rendah. Udang juga mengandungi zink. Bukan itu sahaja, ternyata udang yang digemari ramai ini turut mengandungi vitamin D yang tinggi.


sumber :
1. Majalah Pama
2. https://www.vitamindcouncil.org/about-vitamin-d/am-i-deficient-in-vitamin-d/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test