13 Manfaat Clean Eating Kepada Ibu Menyusu



Seringkali ramai ibu yang menyusu akan melontarkan pandangan sebegini apabila diajukan tentang clean eating...

"Aku menyusukan anak, mana boleh diet-diet. Nanti susu kurang"
"Saya menyusukan anak, asik lapar sahaja. Memang menggigil kalau tak makan"
...Sambil menyuap pisang goreng cheese, keropok lekor goreng, Ayam KFC, Pizza Hut...

Tahukah Anda Apa Itu Definisi Clean Eating ?

Clean eating merupakan amalan pemakanan yang mengelakkan makanan berproses dan menggunakan sumber makanan dalam bentuk makanan yang asal.

Makanan yang diproses melalui proses penyediaan yang berperingkat seperti mengisar, memotong, mencampurkan dengan bahan lain sehingga boleh mengurangkan  kuantiti nutrien di dalamnnya. Malah, makanan berproses juga mengandungi banyak bahan perasa dan pengawet yang memberikan kesan dalam jangka panjang.

Justeru, amalan clean eating yang memberikan banyak kebaikan kepada tubuh. Pengambilan  makanan dalam bentuk asal yang segar menjamin kuantiti nutrien yang masih belum terusik untuk tubuh. 


13 Manfaat Clean Eating:
Antara respons individu yang mengamalkannya menyebut clean eating meningkatkan tahap kesihatan . Antara kebaikannya termasuklah :
1. Memberikan tubuh nutrien termasuk mikronutrien yang diperlukan menerusi sajian yang diambil.
2. Mengekalkan berat badan sihat dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya.
3. Meningkatkan antibodi terhadap penyakit.
4. Mengurangkan paras kolestrol dan mengawal gula dalam darah.
5. Mengelakkan bahan-bahan tiruan di dalam makanan akan menguatkan sel-sel dalam badan dan sistem tubuh lebih efisien.
6. Menyingkirkan toksin di dalam badan.
7. Mengempiskan perut. (proven & verified by me sebab selalu buat kecuali time vacation =p)
8. Mengelakkan masalah sembelit dan penghadaman.
9. Mendapat tidur yang nyenyak.
10. Menjadikan kulit berseri-seri secara semulajadi.
11. Memperbaiki fungsi otak dalam jangka masa panjang di mana risiko kerosakan otak dapat dikurangkan 36%.
12. Meningkatkan daya tumpuan.
13. Menurunkan risiko masalah kognitif di usia emas seperti Alheizmer dan nyanyuk.

*Baca link ini sebagai panduan cara untuk baca label semasa membeli barang dapur.

Prinsip Asas Clean Eating

Clean eating bukan sahaja bermaksud anda perlu memilih  makanan yang segar , tetapi  juga bermakna memakan makanan segar. Ia adalah amalan pemakanan yang mementingkan bahan dan cara penyediaan.

ASLI
Ini bermakna makanan tersebut belum bercampur dengan bahan-bahan yang lain seperti sayur dan buah-buahan segar; bijirin tanpa proses serta susu segar, kacang tanpa tambahan garam dan ayam organik.

ELAKKAN MAKANAN BERPROSES.
Makanan tersebut tidak ditinkan atau diproses menjadi bentuk makanan lain. Mahu tahu apakah makanan berproses? Ia adalah makanan yang mempunyai label dan bahan-bahan yang lain terutamanya bahan yang mempunyai nama kimia.

GULA BERPROSES
Gula bermakna KALORI. Justeru, elakkan makanan yang mempunyai gula di dalam pemakanan anda. Gantikan dengan STEVIA SEBAGAI PEMANIS dalam makanan dan minuman.

6 SAJIAN KECIL
Dengan mengambil  sajian-sajian kecil, ia akan memacu metabolisme badan dan mengurangkan risiko anda makan banyak apabila tiba waktu makan kerana perut sentiasa berlaoik makanan. INGAT! Clean eating bukan bermakna anda perlu berlapar!

MEMASAK SENDIRI
Daripada anda membeli makanan di kedai atau restoran, cuba memasak sendiri. Ia tidaklah sesusah yang disangka. Anda perlu ada perancangan dan membuat persiapan sebelumnya. Misalnya sayur dan ayam atau ikan siap dipotong dan diperap. Pada pagi hari, selepas bangun tidur. , masak dengan api yang kecil sementara anda mandi dan bersiap. Dalam masa 15 minit, makanan siap untuk dimasukkan ke dalam bekas dan sedia untuk dibawa ke pejabat.

KOMBINASI
Gabungkan karbohidrat dan protein. Apabila anda mengambil snek, pastika ia seimbang dan berkhasiat. Ini akan mengurangkan keinginan anda kepada makanan ringan atau segera. Padukan protein dengan karbohidrat atau karbohidrat untuk mengelakkan anda cepat lapar dan kenyang lebih lama.




TRIK REMPAH RATUS.
Bagi mengelakkan diri menggunakan bahan perasa dalam masakan, anda disarankan untuk menggunakan rempah ratus bagi menyedapkan sajian. Antaranya ialah kulit kayu manis, lada hitam, lada putih, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan sebagainya. Setiap satunya mempunyai khasiat yang menyihatkan dan memberikan manfaat kepada tubuh.


Contoh Resipi Clean Eating :

1. Nasi goreng
http://www.nutritionistinthekitch.com/meatless-monday-clean-eating-fried-rice/


2. Salmon Gril


3. Ayam Bakar Di Dalam Lada Benggala

4. Lempeng beras perang bersama pisang
http://cleaneatingmealplan.blogspot.my/2015/02/healthy-breakfast-recipe-brown-rice.html



Sumber : Majalah Pama


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test