Apabila anak tidak mahu susu perah yang disimpan



Sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk untuk tempoh masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau lalu menjadikan si manja menolak
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun
Perlulah dielakkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan si manja. Ibu juga mengambil langkah memeriksa beberapa faktor berikut:


1) Bekas Penyimpanan
* Pastikan susu disimpan dalam bekas penyimpanan susu perahan yang sesuai.
* Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
*Plastik biasa tidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
* Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.


2) Cara Kendalian
*Jika anda pasti , tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas diperah.
* Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam.
* Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang lekas rosak.
* Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
* Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk bagi mengelakkan susu mudah masam kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.


3) Periksa peti sejuk
*Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3C hingga 7C supaya susu mampu bertahan selama 8 hari.
* Periksa bahagian bahagian kompressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
* Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku anda tertutup rapat
*Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
*Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
*Elakkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.


4) Kebersihan
*Jika susu berbau sabun , besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih.
*Anda juga disarankan menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol , corong pam payu dara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
*Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau.
*Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.

sumber gambar : http://oompunyer.blogspot.my/2011/07/sepagi-di-kebun-bpk-aku.html

5) Pemakanan ibu
* Mama juga perlu meneliti gaya pemakanan dengan mengelakkan makanan tertentu contohnya produk tenusu.
*Elakkan makanan yang berbau seperti petau, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.
*Lebihkan makan sup sayur hijau, makanan berkhasiat.

Semoga Bermanfaat!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test