Ada bermacam-macam kaedah digunakan untuk melahirkan janin dalam kandungan. Sesetengah ibu perlu melalui kaedah bersalin secara normal , ada juga melalui pembedahan mahupun vakum. Jika tidak kena gaya, kepala bayi yang lembut itu tidak akan menjadi bulat.
Bagi mereka yang memiliki bayi normal dengan kelahiran normal, kadangkala kepala bayi itu tidak semestinya berbentuk bulat mahupun oval. Ini diakibatkan oleh proses bersalin normal. Sebab itulah , ada di antara kita akan memiliki pelbagai bentuk kepala. Misalnya bulat, oval dan ada sesetengahnya berbentuk bersegi-segi.
Namun ada juga bayi yang akan mempunyai bentuk kepala yang tidak sempurna diakibatkan oleh proses kelahiran.
✅ Akibat Proses Kelahiran Dengan Vakum (forceps)
Ibu terpaksa melalui kelahiran sebegini sekiranya bayi tertahan pada laluan vagina. Pada ketika itu, kepala bayi akan dipegang oleh alatan dan bayi ditarik keluar. Proses sebegini boleh menyebabkan kepala bayi jadi memanjang. Ia berkemungkinan boleh menyebabkan meruncing pada titik -titik yang mana forceps telah digunakan.
✅ Tekanan Pada Laluan Kelahiran
Sekiranya bayi mengalami tekanan pada laluan kelahirannya akibat proses meneran ibu yang tidak kuat, ia boleh menyebabkan kepala bayi bentuk menipis. Ia berkemungkinan boleh berlaku apabila ibu mengalami proses kelahiran yang panjang dan sukar.
Perlu diketahui kepala bayi adalah selembut bola kapas . Oleh sebab itulah , anda perlu menangani bayi dengan lembut agar bentuk kepala bayi boleh dipulihkan kembali. Sekiranya anda berhadapan dengan salah satu keadaan yang dinyatakan di atas , boleh lakukan beberapa kaedah ini dirumah untuk perbaiki bentuk kepala anak anda.
1⃣ The Pillow Mustard
Cara paling
2⃣ Bantal Bentuk Donat
Ibu juga boleh membuat bantal berbentuk donat dengan kain span yang lembut.
3⃣ Ubah Posisi Tidur
Jika bayi anda tidur pada posisi yang sama sepanjang malam, bahagian kepalanya mungkin akan merata pada satu bahagian sahaja. Oleh itu , ubahlah posisi tidur bayi dari satu arah ke satu arah yang lain . Begitu juga dengan posisi menyusu yang perlu diubah selepas beberapa ketika. Sesetengah bayi akan merasa lebih selesa tidur ke arah kanan, maka tukarkanlah ke arah kiri atau letakkan bantal agar ia tidak berada dalam satu posisi sahaja.
Jika bayi anda tidur pada posisi yang sama sepanjang malam, bahagian kepalanya mungkin akan merata pada satu bahagian sahaja. Oleh itu , ubahlah posisi tidur bayi dari satu arah ke satu arah yang lain . Begitu juga dengan posisi menyusu yang perlu diubah selepas beberapa ketika. Sesetengah bayi akan merasa lebih selesa tidur ke arah kanan, maka tukarkanlah ke arah kiri atau letakkan bantal agar ia tidak berada dalam satu posisi sahaja.
4⃣ Elakkan Bayi Melihat Satu Arah
Sekiranya bentuk kepala bayi tidak rata atau bulat seperti yang diinginkan, cuba anda perhatikan tabiat bayi anda. Adakah dia suka memandang satu arah sahaja. Jika jawapannya ya, anda perlu melatih agar bayi anda fokus ke arah yang lain. Cubalah berbual atau bermain dengannya . Dengan cara ini, bayi akan selesa memandang ke sekeliling.
No comments:
Post a Comment