10 Petua Atasi Anemia


Apakah HB rendah?
Anemia ataupun rendah terjadi apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan dan ibu bayi.


Para ibu hendaklah menjaga pemakanan ketika hamil. Hal ini kerana pada masa itu, badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan.  Sekiranya zat besi dan zat tertentu lainnya berkurangan, ia akan menyebabkan tubuh tidak mampu untuk menghasilkan hemoglobin di dalam sel darah merah yang mencukupi kepada ibu dan bayi. Kekurangan penghasilan hemoglobin ini akan menyebabkan ibu mengalami anemia sekaligus kekurangan bekalan oksigen untuk di bawa ke seluruh tubuh.

Menurut Dr. Jumeah ( Pakar Perbidanan dan Sakit Puan DEMC Specialist Hospital) , pemakanan semasa pra-hamil yang tidak seimbang adalah antara punca utama yang membawa kepada masalah kekurangan hemoglobin. Ini sering terjadi kepada vegetarian. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kekurangan darah. Secara asasnya pemakanan harian seimbang yang cukup sukatan sayur dan sumber protein mampu mengatasi masalah ini.

Bagi meningkatkan hemoglobin, pesakit anemia disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Ia diyakini boleh membantu meningkatkan hemoglobin. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau gelap, bijirin atau roti yang diperkaya dengan zat besi; beras, coklat, kekacang, daging merah dan putih; ikan, tauhu, telur serta buah-buahan kering seperti aprikot kering, prun dan kismis.

Namun begitu, daging merah dan organ dinasihatkan tidak diambil berlebihan. Hal ini terutamanya bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolestrol tinggi. Tambahan pula, ia turut mengandungi  banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keacunan hati.

Makanan Yang Perlu Dielakkan.

Ada beberapa makanan yang perlu dielakkan daripada mengambil bersama dengan zat besi kerana ia mengurangkan penyerapan zat besi di dalam saluran pemakanan. Antaranya :
  1. Teh
  2. Kopi
  3. Kalsium
  4. Produk tenusu seperti susu,antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis 
  5. Bijirin Penuh

Walaupun bijirin penuh merupakan sumber yang baik untuk zat besi itu sendiri, namun ia menganduni asid phytic, yang boleh mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 2 jam selepas makanan ini sebelum mengambil makanan tambahan zat besi anda.

Selain itu, makanan-makanan lain yang perlu dijauhi ialah:
1. Makanan masam yang boleh melemahkan badan
2. HVO, minyak goreng kitar semula kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edaran darah dan oksigen rendah
3. Makanan banyak bahan kimia, refined foods, makanan ringan yang kurang berzat.
4. Ayam daging, telur komersial yang kurang berzat.
5. Makanan yang boleh mengganggu penghadaman seperti mencampurkan susu dan buah, mencampurkan 2 jenis protein yang berbeza seperti daging dan ikan atau telur dan susu.
6. Makanan yang terlalu pahit seperti hempedu bumi, seruntun, peria, tunjuk langit . Ia bole melemahkan badan,
7. Air R.O tiada mineral yang mengganggu keseimbangan homeostasis darah.
8. Beras putih, gula putih, tepung gandum putih yang tiada zat.

Kesan Sampingan Pil
Sesetengah ibu hamil mungkin mengalami rasa loya selepas pengambilan pil yang mengandungi zat besi disebabkan kesn sampingannya. Loya dan muntah boleh berlaku dengan dos yang lebih tinggi, tetapi ia boleh dikawal dengan mengambil zat besi dalam jumlaah yang lebih kecil atau mengambilnya dengan sedikit makanan.

Doktor kadangkala mengesyorkan zat besi dengan pelepasan terkawal atau enterik bersalut ( controlled release supplements, or enteric coated supplements) untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut.

Bagi yang ingin menggunakan vitamin dan ubat-ubatan yang dijual di pasaran, ia boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan hemoglobin yang berkaitan dengan nutrisi seperti kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12.

Petua Atasi Anemia

Orang zaman dahulu, bukan mudah untuk mendapat bekalan ubat-ubatan. Jadi antara alternatifnya adalah dengan menggunakan sumber natural yang ada di sekeliling rumah ataupun hutan .


1. Daun Bawang Merah
- Rebus daun bawang merah bersama sebutir telur. Makan telur dan rebusan daun bawang merah. Lakukan setiap 2 kali dalam sehari agar anemia dapat segera sembuh.


2. Bayam
Ambil segenggam daun bayam. Cuci bersih dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu perah airnya dan tapis. Kemudian masukkan 2 biji kuning telur kampung dan 2 sudu besar madu lebah ke dalam hasil tapisan air bayam. Kacau, minum dan amalkan setiap pagi.


3. Tapak Gajah
Ambil 15-50gram daun tapak gajah termasuk akar dan keringkan. Sesudah itu rebus hingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan minum.


4. Kemunting
Ambil buah kemunting dan amalkan memakannya segar.


5. Pisang
Pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik. Ini kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.


6. Kekacang
Kekacang merupakan sumber baik untuk mencegah anemia dan bagus untuk menambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek bagi menggantikan makanan ringan.


7. Buah Delima
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah. Kandungan zat besi yang terdapat di dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.


8. Madu
Pastikan anda mengambil madu di dalam jadual pemakanan harian jika mengalami anemia. Madu boleh dijadikan sebagai pengganti gula di dalam makanan dan minuman. Untuk menambah darah, pastikan anda mengambil madu asli.


9. Kurma
Makanan penambah darah yang menepati sunah ialam kurma. Ia boleh meningkatkan penghasilan sel darah merah dan memberi tenaga.


10. Kismis
Kismis boleh membantu melawan anemia ketika hamil. Boleh dikunyah sambil bersantai.



sumber : Pama


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test