5 Cara Elak Digigit Bayi



Apabila bayi tumbuh gigi, gusinya terasa gatal. Ini membuatkan bayi cenderung memasukkan sebarang objek ke mulut dan menggigitnya. Ketika sedang menyusu, bayi akan menggigit puting ibunya pula. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu,

Biasanya bayi menggigit puting payudara ibu ketika itu, gusinya terasa gatal. Dengan menggigit puting dapat mengurangi rasa gatal gusi si kecil. Akibatnya puting ibu melecet dan terasa pedih. Ramai ibu yang tidak tahan sakit mengambil keputusan untuk berhenti menyusu. Ruginya! Bagi mengelakkannya, panduan berikut dapat membantu para ibu daripada terus menjadi "mangsa" bayi.

1. TUNJUKKAN REAKSI
Apabila anda digigit, terus sahaja "mengaduh" sambil memegang dagunya agar bayi melepaskan gigitannya. Setelah dia melepaskan gigitannya, lihat mata anak dan katakan dengan suara lembut tetapi tegas, "TIDAK!" atau "Jangan".
Bayi yang sensitif biasanya akan menangis melihat reaksi ibunya seperti itu. Jika bayi menangis, pujuknya agar berhenti menangis dan susukan kembali. Jika bayi terus menangis, tunjukkan reaksi awal. Dengan membiasakannya bayi mengetahui jika dia menggigit lagi, ibu akan memberi reaksi yang tidak menyenangkan sehingga bayi akan berhenti menggigit.

2. BERHENTI SEKETIKA
Apabila anak menggigit, hentikan segera proses menyusu buat seketika. Cara itu, dia akan belajar bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan mendapat susu yang diinginkannya.

3. DAKAP ERAT
Jika ibu terasa gigi bay imenggigit, dakap bayi erat-erat ke payudara anda. Biasanya bayi akan segera membuka mulutnya lebar-lebar dan melepaskan  gigitannya kerana mahu segera menarik nafas. Namun jangan hingga membuatnya ketakutan kerana perkara ini.

4. SEDIAKAN JARI
Jika anak biasa menggigit (mungkin sebelum atau sesudah menyusu), sisipkan jari kelingking anda di hujung mulutnya. Ini membantu bayi untuk membuka mulutnya.

5. CARI PENGGANTI
Ketika giginya mulai tumbuh, bayi terdorong untuk menggigit atau mengunyah. Apa sahaja yang masuk ke mulutnya (termasuk puting payudara) akan digigitnya. Jika bayi berkeinginan menggigit sesuatu, carilah pengganti agar bayi tidak menggigit puting payudara anda.

Kegunaan Teether :

Teether digunakan untuk merangsang pertumbuhan gigi bayi pada usia 5 hingga 6 bulan ke atas. Bentuknya yang padat digenggam dan dipicit juga dapat melatih keterampilan motor halus bayi.

- Beli teether daripada pengeluar yang mempunyai reputasi.
- Setelah digunakan, segera cuci teether dengan air panas atau cecair pembersih khusus. Simpan dalam bekas bersih khusus dan bersih.
- Pilih teether yang dibuat daripada lateks dan berisi gel kerana akan terasa lebih sejuk daripada teether berisi air.
- Sesuaikan bentuk teether dengan mulut bayi. Jika masih berusia 5 bulan, pilih teether kecil.


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test