11 Tujuan Berbengkung & Tips Memakai Bengkung


Berbengkung merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang.Tidak lengkap berpantang sekirangya tidak melakukan amalan ini. Berbengkung ialah suatu rawatan membalut perut dengan kain khas. Ia bertujuan untuk mengelakkan angin memasuki bahagian perut semasa berpantang.

Amalan ini menggunakan kain panjang yang dililit dan diikat kemas di sekeliling bahagian perut. Biasanya untuk membuat bengkung, kain sepanjang 6 meter diperlukan. Kain ini dibelah dua dan disambung menjadi 12 meter panjang.

Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis berpantang jika  bersalin normal. Manakala bagi ibu caesarean, jika ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya bole menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku. Pastikan juga, selepas mandi luka ceaserean tersebut dilapkan sehingga kering. Dalam pada itu, di pasaran terdapat bengkung moden khas untuk caeserean.



Cara Penyediaan Bengkung
Umumnya bengkung dipakai waktu pagi setelah mandi herba, berurut, bertungku, bertangas dan memakai param. Manakala pada waktu malam pula, ia dipakai selepas mandi dan sebelum makan malam. Sebelum berbengkung, perut anda perlu disapu  dengan ramuan herba. Ia perlu dipakai sekurang-kurangnya 5 jam sehari . Untuk mengembalikan bentuk tubuh asal, anda digalakkan untuk memakai bengkung selama 44 hari.

Untuk membalut, bentang begkung dan baring di atasnya. Selepas itu sapu ramuan herba pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. tutup dengan kain kecil dan ikat bengkung dengan kemas. Bengkung haruslah diikat dengan ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payudara.

Balutan perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek, hal ini akan menjejaskan kedudukan rahim. Bengkung berkenaan akan menekan rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil, sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.

Tujuan Berbengkung.

1) Mempercepatkan pengeluaran darah kotor

2) Mengempiskan perut serta memulihkan keadaan kulit  perut seperti  mengurangkan kesan regangan, melicinkan dan menghilangkan tompok hitam pada kulit perut.

3) Membuang angin di dalam badan sewaktu berbengkung.

4) Mengelak badan daripada masuk angin .

5) Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang dan menyokong rahim supaya tidak jatuh daripada kedudukan asal.

6) Memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan bengkung dan ubat yang sempurna.

7) Mendapatkan bentuk tubuh yang ramping

8) Mengelakkan masalah perut buncit.

9) Mengembalikan kedudukan peranakan

10) Mengecutkan rahim selepas bersalin.

11) Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin.



Tips ketika memakai bengkung:
1) Jika mahu ikatan bengkung ketat, minta tolong suami atau orang yang menjaga anda untuk memakaikan bengkung untuk anda. Ini kerana ketika ini tenaga anda tidak sekuat ketika tidak berpantang. Tenaga banyak digunakan semasa proses bersalin.


http://kematangan.blogspot.my/2012/07/persediaan-berpantang-set-bersalin.html

2) Sapukan param pada perut hingga bahaguan ari-ari. Jika saya, saya lebih suka param disapukan di keliling perut dan pinggang untuk kesan yang optimum pinggang ramping!

3) Cari satu kain nipis atau kain batik yang nipis untuk menutup bahagian perut dan pinggang yang disapu param sebelum memakai bengkung supaya bengkung tidak kotor. Saya akan menyediakan beberapa helai kain perca untuk dibalut di sekeliling perut selepas sapu param sebelum memakai bengkung. Hygiene during confinement is important to prevent a new mom from the baby blues....

4) Untuk kesan yang optimum semasa berpantang , sapukan param pada belakang betis, keting, paha (depan & belakang ) perut, pinggang & lengan. Mengikut pengalaman saya, ianya dapat mengurangkan badan daripada masuk angin.


Cara Memakai Bengkung 1 Tali:


Cara Memakai Bengkung 2 tali:




lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test